Bercerita tentang "Semalam"
Semalam Am tersangatlah sibuk dengan kerja-kerja yang datang bertalu-talu sehinggakan tak sempat nak menjengok blog. Hari ini barulah ada sedikit kelapangan untuk mencatat sedikit kata-kata disini. Semalam anak Am batuk teruk, pukul 6.30 pagi dah keluar pergi cari klinik 24 jam untuk jumpa doktor. Maka dengan ini tercatatlah sejarah kali pertama anak Am dirawat oleh doktor yang memakai baju tidur. Am hairan juga banyak klinik 24 jam tapi doktornya tak ada, kalau macam itu baik tak payah 24 jam, kita pergi klinik bukan nak jumpa jururawat atau nak ambil ubat. Berbalik pasal anak Am semula, anak Am ini pula sering sangat sakit bila ada sesuatu hari besar di tadika dia, hari ahad ini adalah hari tarian dia, dia ambil bahagian dan semalam sepatutnya latihan terakhir dia. Semalam juga berita sedih untuk seluruh rakyat Malaysia, permergian Datin Seri Endon Mahmood. Takziah buat seluruh keluarga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perdana menteri kita dari Am dan keluarga. Amat mengecewakan bila ada orang tak bertangungjawab menyebarkan email tentang hari Isnin bercuti, bagi Am biarlah Perdana Menteri yang buat pengumuman sendiri. Nota Kaki: Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa jua yang kita lakukan |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Semalam""