Bercerita tentang "Rasuah"
Beberapa hari yang lepas dengar cerita, pihak polis akan beri imbuhan kepada anggota-anggotanya yang tak terima rasuah. Am tergelak bila mendengar cerita atau berita ini. Bagi Am rasuah itu sendiri sudah salah kenapa perlu beri imbuhan pada yang tak terima rasuah. Seolah-olah kita memberi rasuah kepada sesiapa yang tak terima rasuah tapi dengan cara yang bersih. Bagi Am jika kita hendak membetulkan sesuatu, pihak atasan harus tegas dalam mendisplinkan anggota-anggotanya. Tunjukkan ketegasan mereka bukan memanjakan anggota mereka dengan memberi berbagai imbuhan kerana sebanyak mana imbuhan yang mereka beri tidak akan dapat melawan sifat anggotanya yang ingin terima rasuah. Tambahan pula sampai bila sifat mereka itu akan berubah, bila pihak atasan tak beri imbuhan tak mustahil mereka akan terima rasuah semula. Bagi Am, kalau kita hendak memberhentikan gejala rasuah ini, kita harus selesaikan secara keseluruhan bukan setakat untuk jangka pendek sahaja. Kita harus tegas bukan membetulkan satu kesalahan dengan satu kesalahan yang akan menimbulkan satu masalah lain pula dimasa hadapan. Secara peribadi, jika pasukan polis hendak dihormati dan dipandang mulia seperti pasukan polis diawal kewujudannya, ia harus bersih bukan atas dasar imbuhan tapi secara ikhlas. Jika pasukan polis boleh terima imbuhan kerana tidak terima rasuah, suatu hari nanti penagih dadah juga boleh terima imbuhan kerana tidak menghisap dadah, pencuri juga boleh kerana tidak mencuri dan paling seronok sekali pemberi rasuah juga boleh dapat imbuhan kerana tak memberi rasuah. Semua itu tak mustahil... Kalau tak silap Am, Negara kita telah disenaraikan dalam salah sebuah negara yang mempunyai kadar rasuah yang paling tinggi, walaupun banyak pihak memandang perkara ini serius tapi ketegasan dalam mencegah masalah ini masih kurang dan yang paling menyakitkan kadang kala ketegasannya hanyalah bersifat sementara. Nota Kaki: Takut untuk berbicara mengenai isu ini, tapi seseorang harus memulakan bicara. Labels: Isu Semasa, Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Rasuah""