Bercerita tentang "Hujung Minggu"
Agaknya ramai yang letih kerana asyik lihat photo langit sahaja disini. Betul tak? harap-harap jangan bosan sudahlah. kamera Am ini kurang canggih sikit so kalau ambil photo lain kurang menarik, nanti lain diambil lain pula jadinya. Langit Lagi... Original Upload from Samsung SGH-D500 Sibuk lagi hari ini, minggu baru bermula dengan sibuk yang teramat sangat. Seperti biasa kerja dua minggu akan datang terpaksa disiapkan dalam minggu ini juga. Inilah masalahnya bila nak cuti panjang. Hujung minggu pergi menyaksikan konsert pertama anak Am, konsert yang ditunggu-tunggu sangat. Memang tergelak besar melihat gelagat budak-budak tadika membuat persembahan. Bila sampai giliran anak Am, risau juga jika dia tak ikut step betul-betul tapi akhirnya dia menari cukup baik (abah puji anak sendiri). Perasan juga mulut dia kumat kamit baca step kot. Hari ini lewat sampai pejabat, biasalah bila isteri MC dan anak cuti kerana konsert, semangat nak berkerja Am juga turun. Nasib baik ada kerja penting kalau tidak abah pun sekali akan bercuti. Nota Kaki: Masa terlalu pendek bila banyak kerja ni |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Hujung Minggu""