Bercerita tentang "Lagu Negaraku"
Semalam teman anak Am bermain bunga api, akhirnya Am bosan dan ambil photo bunga api itu, inilah hasilnya. Buat masa ini Am hanya belikan dia bunga api besi yang kurang asap itu, takut asap menganggu jiran-jiran Am nanti. Mungkin balik kampung nanti baru belikan dia bunga api yang lain BungaApi Original Upload from Samsung SGH-D500 Kalau tak silap Am dari hari Ahad sampailah kehari ini ramai yang sibuk bercerita tentang perlukan melodi lagu negaraku patut diubah. Pelik dan hairan Am... Apa yang Am pelik dan hairan ialah, mereka ini semua terus melatah seolah-olah telah membuat keputusan yang lagi kita yang meniru lagu "Mamulamoon" itu. Kalau nak diikutkan fakta betul-betul, tiada siapa yang berani pastikan siapa yang tiru siapa. Kawan Am ada ada selidik dan jumpa lama web ini, yang bercerita tentang sejarah lagu negaraku. Cuba kita baca dan sama-sama buat keputusan. Tertarik dengan pendapat yang diutarakan oleh salah seorang pendengar di stesen radio yang Am dengar, yang penting bukan tukar melodi lagu itu tetapi kena pastikan lagu itu sudah ada dalam jiwa kita atau tidak. Kalau sudah ada pertahankan. Am setuju kalau tukar kononnya kita malu nak meniru dan perlu ada identiti sendiri. Kemudian kita tukar tapi kita masih tak menghormati dan meletakkan lagu itu didalam jiwa kita tak guna juga. Kita melenting apabila tahu lagu kita seolah-olah meniru lagu orang lain TETAPI yang kita tak melenting malah bangga bila kita berpakaian terlalu singkat, dedah sana dedah sini, yang lelaki dengan rambut tak tahu nak sebut ala-ala apa, telinga cucuk, pusat cucuk dan semua tempat pun nak cucuk, itu bukankah meniru budaya orang lain. Kenapa kita tak nak teruskan dengan budaya dan dimanakan identiti yang kita bangga sangatkan itu?. Malaysiakah kita? atau kita sengaja nak menyibuk dalam keriuhan orang lain dalam mencari isu panas. Nota Kaki: Satu lagi isu yang akan cepat sejuk sebelum ada jalan penyelesaiannya nanti Labels: Isu Semasa, Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Lagu Negaraku""