Bercerita tentang "Tangungjawab"
Am dah terlupa bila Am rakamkan photo ini dan kenapa Am rakamkannya. Inilah masalahnya bila tangan ini tak berhenti nak merakam bila ada masa senang sikit. Sekali-kali pandang kira ok juga photo ini, tak tahu itu cahaya bulan atau matahari. Sinar Original Upload from Samsung SGH-D500 Hujung minggu Am berkesempatan untuk menonton cerita Dr. HOUSE, ini salah satu cerita menjadi kegemaran Am sekarang selain semua CSI dan 24. Am amat tertarik dengan 2 isu yang diutarakan didalam cerita Dr. House yang Am tonton itu. Pertama Am tak tahu dan baru tahu yang kita boleh menandatangi borang atau perakuan supaya doktor atau pakar perubatan untuk tidak menyedarkan kita bila kita ala-ala koma kerana sakit kita. Kalau Am lah rasanya tak sanggup Am sain borang itu, kerana selagi ada peluang Am hendak hidup dan tak akan putus asa dengan hidup Am. Teringat beberapa minggu lepas, rancangan Bersamamu TV3, remaja itu lumpuh satu badan dan hanya mampu bersuara sahaja yang sebelum ini mampu bergerak sendiri. Tertanya pada diri sendiri, apa agaknya keputusan Am jika Am berada ditempat dia dan mungkinkah Am akan sain borang atau perakuan tersebut? Kedua ialah mengenai keputusan yang kita buat dalam hidup kita. Am setuju dengan dialog dalam cerita itu, dalam hidup kita sudah pasti banyak keputusan yang kita buat dan sudah pastinya tak semua keputusan yang kita buat itu betul tapi kita kena bertangungjawab dengan keputusan yang kita buat. Yang pastinya jangan takut untuk buat keputusan dan bertangungjawab atas keputusan itu. Namun begitu setiap keputusan yang kita buat perlulah disokong dengan ilmu atau kajian yang kita buat. Nota Kaki: Tak semua cerita yang disiarkan buruk untuk kita tapi tak semuanya juga baik. Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Tangungjawab""