Photo ini Am rakamkan semasa berhenti berehat sebentar dilebuhraya, sambil hisap rokok sambil tangan mengatal nak menekan hf tu. Akhirnya ini yang terhasil, terperanjat juga kerana semasa ambil bukan begini hasilnya. Cahaya Di LebuhRaya Original Upload from O2 Xda II mini Hari ini masih bercerita tentang cuti tapi kali ini bercerita tentang nilai cuti. Pernah bertanya pada diri sendiri, adakah Am berjaya capai apa yang Am idamkan semasa Am bercuti. Kadang-kadang bila bercuti tapi kena menjawab telefon pasal kerja Am rasa cuti Am tak bernilai, bercuti tapi otak penuh memikirkan kerja, apa yang perlu dibuat dan akan dibuat. Mujurlah cuti yang baru berlalu ini tidak sebegitu. Sebab itulah cuti tahunan Am berlambak-lambak sampai Am dipaksa menghabiskannya.
Tentu ramai seperti Am, kita bercuti tapi bukan benar-benar bercuti. Bagi Amlah kalau bercuti kita perlu benar-benar bercuti dari kerja kita, setuju perlu ingat juga tapi biarlah 5% sahaja cukup, jangan sampai 90% kerja 10% cuti.
Biarlah semasa bercuti kita dapat merehatkan minda kita, benda apapun jika berkerja sepanjang masa boleh Jem, inikan pula minda kita, jika dipaksa jangan kata sakit mungkin sakit lain boleh menjelma.
Hari ini tiba-tiba timbul niat untuk bersajak, satu sajak yang merapu dari Am Jangan cari aku kerna aku sedang merenung didalam ruang-ruang kosong ini
Jangan cari aku kerna aku sedang mencari mencari erti diri
Jangan cari aku kerna aku ingin mengerti sakitnya satu kesakitan
sekali lagi, Jangan cari aku kerna aku sedang berada jauh didalam hatimu adakah kau tak menyedarinya?
Sajak Buat Diri AbahMuda@Am 2005 Nota Kaki: Kadang kala terlalu jauh kita mencari sesuatu yang ada didepan kita
"Selamat berhujung minggu dan semoga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan" Labels: Kerja, Peribadi, Sajak |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Cuti" 2"