Bercerita tentang "Mesyuarat & Bercuti"
Sebenarnya ada beberapa photo awan biru dalam simpanan Am, Am pilih yang ini untuk dipaparkan kerana nampak menarik sikit, gabungan antara awan biru dan pokok Sebenarnya Am agak tak puas hati dengan photo yang Am ambil dari HF baru Am ini, kualitinya agak kurang berbanding dengan HF Samsung Am walaupun kedua-duanya sama 1.3 Mega Pixels. Mungkin ada "Settings" yang perlu Am perbetulkan lagi. Awan yang Membiru Original Upload from O2 Xda II mini Minggu depan Am akan ke Penang. Ada mesyuarat AGM syarikat Am jaga dan harap-harap inilah mesyuarat terakhir untuk tahun ini. Kebetulan mesyuarat di Penang, Am dan keluarga akan bercuti sekali. Mengikut perancangan kami akan bermalam di Penang semalam dan hari berikutnya akan bermalam di Bukit Merah. Kalau perancangan menjadi kenyataan, ini kali kedua kami bercuti di Bukit Merah, kali pertama semasa pejabat Am buat "Family Day". Ingat lagi waktu itu Am sudah ambil cuti untuk berjalan-jalan, tiba-tiba anak Am deman pula. Malam itu juga kami berangkat pulang ke KL. Kalau perancangan menjadi juga Am akan bercuti sehingga hari Rabu, nampaknya hari Khamis lah Am akan kembali menjengok blog. Selepas bercuti ini, masih ada 3 hari cuti perlu dihabiskan untuk tahun ini. Sudah rancang hari yang hendak cuti tapi tak tahu lagi lulus ke tidak. Tinggalkan blog ini sebentar dengan lagu ini : Erra Fazira Yang Terindah Hanyalah Sementara Setinggi seluas gunung dan lautan Sejuta harapan dipertaruhkan Beronak berliku jalan kulalui Selagi berupaya kuteruskan Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam Di dalam keberanian terusik jua perasaan Tidak hentinya memanjang dan semoga jiwa ini terus tabah Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa Tak rela kuturutkan hati Menyesali apa yang terjadi Andainya begitu suratan yang tertulis diazali Biarlah walaupun kusepi Sedih pedih dikhianati Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalan ini Sumbangan Lirik Lagu Selain dari lagu Gemilang, inilah lagu Erra Fazira yang Am minat sangat. Semuga Erra dan Yusry tetap bahgia Nota Kaki: "Boleh kongsi tapi tak boleh ambil" - ayat yang anak Am cipta, mungkin Am akan guna ayat ini sebagai tema blog Am nanti "Selamat berhujung minggu dan semoga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan" |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Mesyuarat & Bercuti""