Susah benar Am hendak memaparkan kehijauan pokok didalam photo-photo yang Am rakamkan, bukan apa cuma bila takan pokoknya jadi hitam, yang ini dapat juga pokok yang hijau. Banyak lagi yang perlu Am belajar tentang kamera Hf Am ini rupanya, mungkin lepas ini banyak lagi pokok hijau akan menjelma disini.
Hijau Original Upload from O2 Xda II mini Beberapa hari yang lepas, masuk blog PB, seronok betul baca entry dia mengenai hubby dia, terus timbul minat nak buat entry macam dia tapi mengenai anak Am, kalau buat pasal isteri Am banyak pulak soaljawab nanti kerana dia memang selalu juga masuk blog Am ini. Ini dia sifat-sifat anak Am, setakat yang Am nampak sahajalah, tak tahulah kalau dirumah wan dia atau ditadika dia dia berubah 100% pula, tapi rasanya tidak. Suka Makan Anak Am suka makan makanan pedas, macam abah dia juga, kalau tak ada pedas susah dia nak makan, segala-galanya kena pedas, kadang kala Am takut dia pedas tapi dia selamba aja, Sup pun dia suka juga, kadang-kadang tu kalau dikedai dia boleh habiskan sup semangkok dan buat masa sekarang ni dia peminat setia roti juga. Bagi roti dengan jem kacang dah cukup, sampai berkeping-keping roti dia boleh habiskan. Suka Minum Milo Ais, paling dia suka, mana-mana pergi milo ais, kalau pergi pasaraya dia suka vitagen pula, ini barang dia yang wajib kena beli. Tapi bila nak tidur malam dia akan minum air suam satu bekas tupperware (betul ker eja ni). Satu lagi dia tak suka air bergas, apa jenis pun dia tak suka, kalau terus sampai besar pun bagus Dah Ada awek Hehehe memang dia dah ada awek, namanya Anis, anak kawan Am, kalau orang tanya itulah nama awek dia, kalau berjumpa malu pulak, dah beberapa tahun masih tak tukar awek lagi, setia betul anak Am ni, pun macam abah dia juga hehehe Kedekut betul Anak Am ni kalau masuk bab duit memang kedekut betul, jangan minta duit dia memang dia tak kasi punya, tapi rajin minta duit abah dan mama dia. Ada satu kes dulu, bawa dia pergi pejabat Am, rakan-rakan berilah duit raya pada dia, dia ajak Am beli mainan, Am kata ok tapi dia bayar pakai duit itu, setuju terus tapi bila Am suruh bayar dia dah buat muka semacam dan nak nangis. Moralnya kalau nak bawa dia berjalan pastikan abah dan mana dia ada duit, jangan harapkan duit dia. Yang ini bukan macam abah dia hehehe Panas Baran dan Tak Sabar Yang ini memang payah betul, kalau dia tak dapat buat sesuatu benda mulalah dia menjerit dan mangamuk, pasal bab tak sabar tu memang kelemahan terbesar dia, apa-apapun tak sabar, dulu nak buat suprise untuk harijadi mama dia, patut pukul 12.00 malam tapi kerana dia tak sabar punya pasal pukul 10.00 malam dah suprise mama dia. Suka menyanyi Ini kegemaran utama dia, kalau dia dah mula menyanyi terutamanya lagu Mawi, rasa macam nak pecah gegendang telinga Am, punyalah kuat. Lepas tu berulang-ulang sampai dia puas. Sabar ajalah Tak pernah kencing atas katil/Tilam Yang ini memang Am bangga, sejak dia tak guna lampin pakai buang dia memang ok, kalau nak kencing pergi bilik air, kadang kala tu terlepas juga kat karpit, janji bukan katil, yang ini macam abah kot hehehehe Pandai Memujuk Kalau Am dan isteri marah dia dan buat-buat tak tegur dia, cepat aja dia memujuk kami, buat muka sedih sambil peluk dan cium mama dia, kala dengan Am pulak datang dengan muka sedih dan cakap "I Love U Abah" sayu pulak Am dengar, tu pasal kalau marah dia tak boleh lama punya. Tak suka cium Abah dia Yang ini yang paling sedih ni, dia memang tak suka cium Am, dia kata muka Am berminyak dan Am busuk, apalah mana ada busuk, mama dia cium ok aja hehehe, kalau lepas mandi pun nak cium ragu-ragu aja Nota Kaki: Banyak lagi sifat dia yang lain, walau apa pun gabungan sifat-sifat inilah yang menjadikan dia anak kesayangan Am dan isteri.
Labels: Anak |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Anak""