Photo Kota Al Farmosa, Am rakamkan semasa pergi kenduri kahwin di Melaka semasa cuti baru-baru ini, susah nak dapat photo yang cantik, semua dengan camera yang cangih2, Am pula dengan Hf Am. Tujuan asal ingin mencipta satu sajak untuk uploadkan satu sajak bersama photo ini.
Kota Original Upload from O2 Xda II mini
Photo ini semasa di Rantau Panjang, Kelantan, Am sebenarnya memang sangat tertarik dengan awan semasa itu, bagai sedang berkumpul dengan cuaca amat amat cerah
Isteri Am pun ada tanya samada Am ada rakamkan gambar awam itu, nampaknya dia pun dah tahu kegemaran Am, siap jeling Am kalau nampak awan yang cantik
Berkumpul Original Upload from O2 Xda II mini Anak Anak Am sudah mula bersekolah semula, baru dua hari bersekolah sudah ada kerja sekolah, semalam isteri Am ajar, dia taknak belajar dengan Am kerana Am garang sangat. Tunggulah sikit hari bila mama dia dah garang dia akan beralih pada Am pula untuk ajar dia (berpandukan pada pengalaman masa lepas)
Kerja Banyak sangat cuti menyebabkan kerja dipejabat Am makin bertambah, tambahan pula hujung tahun banyak "Annual Report" yang perlu disiapkan. Tengok kerja pun dah penat. Nampak suatu hari nanti Am terpaksa balik lewat, sebelum kerja yang tertanguh itu akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain "Selamat Hari Raya Aidil Adha" Am dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua semua pengunjung blog Am, maaf zahir batin. Hari raya aidil adha pun minta maaf juga ker? rasanya tak kisah kerana kalau minta maaf hari-hari pun bagus tak rugi apa-apa. Hari Raya ini Am pula akan bercuti lagi dan akan kembali berkerja pada hari Khamis minggu depan. Nota Kaki: Selamat berhujung minggu, semoga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan
Labels: Anak, Kerja, Ucapan |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Banyak Perkara""