Lari dari kebiasaan photo yang dipaparkan disini, sengaja hendak mempaparkan photo bayang pula. Idea untuk mengambil photo ini datang secara sepontan, kalau tak silap photo ini semasa Am di Melaka. Yang tepi itu anak Am, yang tengah Am dan yang satu lagi isteri Am, kiranya photo bayang sekeluarga
Bayang Original Upload from O2 Xda II mini Lambat Hari ini lambat hantar anak ke sekolah dan lambat sampai kepejabat. Pagi-pagi dengar laporan trafik jalan lancar, tiba-tiba jem yang amat sangat. Insan manalah yang memberi maklumat yang sangat-sangat tak tepat itu. Yang buat Am bertambah pelik ialah banyak betul lori dan treller dijalan raya diwaktu puncak ini, kalau tak silap Am ada undang-undang yang tak membenarkan mereka diatas jalan raya waktu ini. Undang-undang ini dah dimansuhkan ke? Kerja Hari ini kemungkinan besar Am terpaksa balik lambat, banyak kerja yang perlu disiapkan. Boss pula dah mula jeling-jeling. Inilah bahananya bila asyik bercuti. Nampaknya kuranglah melawat blog sahabat-sahabat. Sampai dipejabat hanya ada kerja...kerja...kerja di kepala. Op Sikap Tak lama lagi Op sikap akan dilancarkan lagi, ramailah polis tak boleh bercuti dan pemandu mulalah pandang kiri, kanan, atas bila nak buat kesalahan, takut disaman maksimun serta merta, yang Am pelik kenapa Op sikap ini hanya pada musim perayaan sahaja, kan ke elok dilaksanakan sepanjang masa. Kalau polis hendak mendidik pemandu dengan cara saman biarlah mendidik itu secara berterusan, bukan ikut musim sahaja. Sale....Sale...Sale... Berita baik kepada semua yang gemar 'bershoping', hari ini bermulalah Sogo Mega Hot Sale, pagi-pagi lagi Am dah lihat ramai yang beratur dipintu masuk Sago walaupun Sogo belum dibuka, kaya betul rakyat Malaysia ini, dekat-dekat tengah bulan pun masih banyak duit untuk bershoping. Tapi jangan gembira sangat Sale ini hanya untuk pemegang Sogo Card Members dan Maybankard Credit Cards sahaja. McDonald 24 jam? Semalam terdengar rakan bercerita yang Mcdonald akan beroperasi selama 24 jam, wah satu pembaharuan dari restoran makan segera ini. Nampaknya Am pun dah ada tempat dituju bila perut tiba-tiba lapar dimalam harilah ni. Harap-harap jangan sekejab sahaja sudahlah. Nota Kaki: Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan
Labels: Isu Semasa, Jom Fikir, Kerja |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Banyak Perkara" II"