Bercerita tentang 5 Perkara pelik dalam diri Am
Sudah agak lama photo ini dalam simpanan Am, bila dan kenapa Am rakamkan photo ini Am sendiri sudah lupa. Cuba cari photo langit yang bersesuaian dengan entry hari ini, ini sahaja langit yang agak pelik dalam simpanan Am. Macam ada sesuatu dicelah-celah awan itu. Kalau tak silap beberapa hari yang lepas kena tag dengan anakomak, semalam pula Am kena tag dengan saudari Noush kita, mengenai perkara pelik ini, teruk juga memikirkan apa yang pelik mengenai diri Am kerana selalunya melihat benda pelik disekeliling kita sehingga terlupa pula melihat diri sendiri. 1. Ramai yang kata muka Am ini macam muka orang yang sombong dan tak mesra, tapi bila kenal Am sebenarnya itu tak mengambarkan peribadi sebenar Am. Nak buat macam mana muka Am dah macam itu, tak boleh diubah lagi. 2. Tak tahu kenapa Am buat apa2 perkara penting selalunya dua kali, lesen memandu 2 kali, kereta 2 kali ujian motor pun 2 kali ujian baru lulus, khusus khawin pun 2 kali, sekali sijil boleh hilang jadi kena pergi kali kedua. Ujian untuk dapat lesen kerja Am pun dua kali juga. Cuma satu sahaja yang baru sekali, KAHWIN hehehehe 3. Am memang suka makan lauk yang berlemak dan berkuah, pedas-pedas lagi Am suka, apa-apa lemak pun Am makan, sampai isteri Am pun naik marah takut mejejaskan kesihatan Am. Dipejabat ini memang semua rakan dah tahu, kadang-kadang tu siap beritahu pada Am kedai mana yang ada masak kuah lemak. kerana suka sangat berkuah Am sanggup masak maggi untuk dijadikankan kuah untuk makanan Am. 4. Inginkan kepuasan dalam melakukan setiap benda, Am kalau buat sesuatu benda mesti cerewet kerana Am tak suka buat sesuatu benda asal sudah sahaja. Am akan buat sessuatu benda sampai Am puas hati. Bila Am dah puas hati dengan sesuatu benda baru Am berhenti buat, ini termasuklah tentang kerja Am. 5. Cepat marah tapi cepat reda, Am ini sejenis manusia yang cepat marah tapi cepat sangat reda balik, perangai inilah yang Am sedang cuba ubah sedikit demi sedikit, mungkin darah masih muda lagi hehehe. Nak bagi Am reda memang mudah, senyum balik dengan Am atau minta maaf, sudah pasti Am boleh mesra balik.
'Selamat berhujung minggu dan semoga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.' Labels: Tag |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang 5 Perkara pelik dalam diri Am"