Bercerita tentang "Selepas Bercuti"
Masuk tahun baru Am puas mencari photo yang agak unik untuk Am uploadkan disini, cari punya cari yang ini yang Am jumpa, mungkin kerana ada dua benda bulat macam air itu Am sendiri sudah lupa bila dan dimana Am rakamkan photo ini. Original Upload from O2 Xda II mini Balik sahaja bercuti dan buka blog, banyak sekali ucapan tahun baru dari rakan-rakan blog Am, yang lama dah tak muncul juga tiba-tiba menjelma, gembira sangat Am, permulaan tahun baru yang mengembirakan buat Am. Ucapan terima kasih kepada yang sudi mengucapkan Selamat Tahun Baru 2006 kepada Am dan semuga tahun baru ini akan memberikan kebahagian, kegembiraan dan rezeki yang lebih lagi kepada kita semua. Diam tak diam masuk tahun baru ini sudah lebih 7 bulan Am berceloteh didalam blog ini, terlalu banyak Am tulis dan kebanyakkanya tentang apa yang Am nampak disekeliling Am, tentang diri Am dan banyak juga tentang anak Am. Secara tidak sedar Am menggunakan blog Am sebagai tempat untuk melepaskan kegembiraan Am, ketidakpuasan hati Am dan juga apa yang Am inginkan. Mungkin ada yang kata Am ini macam tak sibuk pula, asyik menulis blog sahaja, sebenarnya bila ada mood menulis sampai 2-3 entry Am tulis dan simpan untuk Am postkan kemudian, biasalah bila banyak yang kita lihat banyak pula yang kita hendak celotehkan. Am kadang kala takut juga apa yang Am celotehkan akan menguris perasaan sesiapa secara Am sedar atau tidak. Secara peribadi, banyak yang Am celotehkan adalah Am menasihati diri Am sendiri, supaya Am akan lebih beringat dalam hidup dan kehidupan Am kerana sepanjang kita hidup ini kita sentiasa dalam proses untuk menyempurnakan diri kita tidak kira dari segi dalaman atau luaran
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Selepas Bercuti""