Bercerita tentang Anak
Photo ini Am rakamkan semasa dalam perjalanan pulang ke pejabat semula. Sinaran matahari dibalik pokok itu seperti memanggil Am untuk merakamkannya. Photo ini Am ambil secara seponton sahaja semasa menunggu lampu insyarat bertukar ker hijau, memandu sambil mengambil photo, Jangan amalkan hehehehe 'Kalau ada adik lelaki nanti nak beri nama apa' Banyak lagi dialog dgn anak Am yang akan buat kami pening, tersenyum dan kadang-kadang terkedu. Kadang kala dialog ini secara seponton dan selamba sahaja keluar dari mulut dia, Am dan isteri pula yang terkedu dengar. Bercerita tentang anak ini memang buat Am amat seronok sekali kerana terlalu banyak yang hendak diceritakan. Terlalu banyak pengalaman, kejutan, kegembiraan dan kadang kala pengajaran buat Am. Am juga hairan bagaimana, sesetengah ibubapa sanggup mendera atau membuang anak mereka, bagi Am anak ialah satu anugerah yang amat berharga pada kita, kenakalan, kelincahan dan sifat ingin tahu mereka inilah yang mengajar kita tentang kesabaran, cara memimpin, sifat ikhlas dan banyak lagi sifat yang sebelum ini kita tak pandang penting sangat. Berbalik pada anak Am, terlalu banyak benda baru yang dia belajar setiap hari, kalau Am atau isteri lalai silap-silap kami tak mampu mengejar tahap kemajuan dia. Sekarang dia sudah pandai menelefon Am atau mama dia dipejabat, ada sahaja pesanan dia "abah jangan lupa ya" itulah ayat terakhir dia. Beberapa hari lepas, dia telefon ingatkan Am yang dia nak IC, terpaksalah Am luangkan masa sebentar untuk scan IC Am dan ubahsuai, letak gambar dia, tukar ke nombor IC dia dan tukar kepada nama dia. Berbekal sedikit ilmu grafik yang Am belajar dari rakan-rakan Am cuba puaskan keinginan dia. Bila balik dan dia dapat IC itu, walaupun tak secantik mana tapi dia gembira, Am pula puas melihat dia gembira. Kadang kala dia telefon dan memesan benda yang Am memang susah atau tak boleh tunaikan sehinggakan Am terpaksa mencari alasan yang logik untuk beri pada dia. Am tak suka menipu dengan memberi alasan yang tak logik kerana anak-anak ini merekodkan segala apa yang mereka dengar, jika penipuan kita terbongkar nanti takut dia berangapan menipu itu tak salah. Tidak lama lagi persekolahan akan bermula, maka sudah pasti Am atau isteri akan bising balik mengajar dia buat kerja sekolah. Nampaknya rotan pun kena asah semula. Kami bukan rotan dia sebenarnya tapi rotan itulah yg buat dia buat kerja sekolah dia dengan lebih cepat. Seperti yang pernah Am kata dahulu, Am lebih tekankan pada dia waktu yang betul, masa belajar dia belajar dan masa bermain dia bermain. Bagi Amlah jika dia tahu membezakan kedua-dua masa ini dia akan berjaya dan semua benda yang dia buat. Sekarang pun Am ada ajar agar dia pandai berdikari kerana Am dari kecil lagi sudah diajar berdikari, almaklumlah dari keluarga yang besar dan anak lelaki yang sulung Am perlu cepat berdikari. Kadang kala kerana ingin dia berdikari Am terlupa pula yang dia baru berumur 5 tahun
Labels: Anak |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang Anak"