Bercerita tentang "Kerja"
Photo senja ini Am ambil semasa isteri Am yang sedang memandu, sambil dia memandu Am sibuk menekan sini sana, bila lagi nak ambil peluang Sekarang susah benar Am nak merakan photo senja, matahari hanya terbit didepan rumah Am dan terbenamnya ditempat lain, kalau ada yang menarik Am akan paparkan disini. Sekarang ini Am memang didalam keadaan yang sibuk betul, mungkin boleh kata sibuk gila atau sibuk tahap dewa hehehe. Banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum cuti tahun baru cina nanti. Bila fikir balik memang banyak cuti bulan satu dan bulan 12 ini. Boss pula "Jalan-jalan cari pasal", biasalah bila semua sibuk dan dia tak sibuk itulah kerja dia. Kadang-kadang Am pening layan boss Am ini, betul juga kata orang kalau boos perempuan ini susah nak layan, kita kena jaga kerja dan yang paling penting perasaan kena jaga perasaan dia. Memang bukan semua boss perempuan macam ini tapi yang pastinya Am dapat. Rakan-rakan pejabat semuanya "duduk-duduk buat kerja", semuanya tiada masa nak berjalan kesini kesana. Teringat seorang rakan Am dahulu, kemana-mana dia berjalan dengan file ditangan, bila ditanya dia jawab 'sengaja bawa file nanti orang tahu kita buat kerja, kalau tidak orang ingat dia suka berjalan dan tak buat kerja' Suasana pejabat sekarang senyap dengan semua menghadap komputer menyiapkan kerja, pejabat Am macam di langgar garuda pula. Semua macam hilang mood nak gelak dan berjenaka bila kerja bertimbun didepan mata. Sudah dua hari balik lambat, harap-harap janganlah hari ini pun balik lambat juga. Malas hari-hari balik lambat, kesian anak yang menunggu dirumah. Kepada rakan-rakan blog jangan kecil hati ya, nampaknya Am akan kurang sangat melawat blog-blog, tunggulah selepas tahun baru cina kita akan "Jalan-jalan tengok blog semula"
Labels: Kerja |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Kerja""