Bercerita tentang "Sejarah BerInternet"
Am rakamkan photo ini diatas kapal di muzium Samudera di Melaka (kalau tak salah namanya). Tak dapat naik kapal betul ambil di muzium kapal pun jadilah Kapal ini nampak kecil diluar tapi sebenarnya sangat luas didalam kapal itu sebenarnya, ada juga pengalaman menaikki kapal zaman orang dulu-dulu berdagang. Am masih teringat lagi pada waktu mula-mula Am menggunakan internet ini, waktu itu Am mula mendaftar untuk email hotmail, kalau tak silap Am mendaftar di Ampang Park, dulu ada satu kotak (muat untuk satu orang sahaja kot) untuk orang ramai menggunakan internet. Tak tahulah samada masih ada lagi sekarang. Masa itu CyberCafe ini memang tidak popular lagi dan sampai sekarang Am tak pernah lagi masuk Cybercafe. Alamat email itu masih Am gunakan lagi sampai sekarang tapi tak berapa aktif kerana saiz inboxnya yang kecil dan sekarang Am lebih aktif menggunakan email yahoo atau email pejabat Am sahaja. Bermula dari situ, Am mula berjinak-jinak dengan dunia internet, mula berbalas-balas email dengan rakan-rakan yang Am sendiri tidak kenal dan mulalah mendaftar dengan yahoogroup. Pada masa ini Am sudah mula aktif menggunakan email yahoo Am. Banyak group yang Am daftar seperti, Keluarga, Sutera, Restoran Pak Amir, Jalinan, Relexjab, Melayucyber dan banyak lagi. Dalam pada masa itu Am juga sempat mencipta group Am sendiri. Semasa aktif di Yahoogroup inilah Am mula-mula mencipta Homepage Am sendiri dengan menggunakan ruangan di Geocities. Di Homepage inilah Am menyimpan artikal-artikal yang Am terima melalui email dan yahoogroup. Jenuh jugalah adik ipar Am mengajar Am buat homepage Am itu Dari yahoogroup lah Am lebih kenal rakan cyber Am, dan banyak kali juga kami mengadakan perjumpaan, sampai sekarang kami masih berjumpa jika Am pergi ke Penang dan paling tidak pun saling berutus sms ucapan. Paling seronok ialah mereka dari berbagai negeri dan berbagai jenis latar belakang Am melangkah setapak lagi kedunia chatting, kalau dulu hanya melalui email, sekarang melalui msn chat, isteri Am yang mula-mula mengajar Am mengenai chatting ini, teruja juga buat satu masa itu, kemudian beralih kepada yahoo chat, memang seronok chatting ni kadang kala sampai lupa kerja hehehe, kalau awalnya hanya ada satu nick sekarang sudah ada beberapa nick. Pada masa yang sama Am mula berdaftar dengan komuniti-komuniti diinternet. Kebanyakkan komuniti ini untuk mencari pasangan tapi Am lebih kepada mencari kenalan. Kalau tak silap yang paling awal Am daftar ialah VirtualFriends, agak lama juga Am aktif di Virtualfriends ini, diikuti dengan Ekawan, Myspace, Multiply dan mungkin ada yang Am dah terlupa. Banyak kenalan yang Am dapat dan seperti biasa Am akan hadir jika ada perjumpaan rasmi atau tidak rasmi. Sekarang ini pun kalau tidak silap Am makin banyak komuniti-komuniti baru yang muncul dan ada ramai juga yang ajak Am mendaftar. Bila ramai yang mula mengupload gambar di dunia internet Am yang pada awalnya hanya menggunakan khidmat yahoo album mula berdaftar dengan Fotopages, Flickr, Photobucket dan textamerica. Dan sekarang Am lebih beri tumpuan pada blog pula setelah mula diperkenalkan oleh isteri Am juga. Kebanyakkan yang Am daftar diberitahu oleh isteri Am walaupun dia sendiri tidak mendaftar. Am makin tertarik kepada blog ini kerana blog bagaikan semua dalam satu, Am boleh beri pendapat, dengar pendapat, cari kenalan, chat, dan paling bagus sekali Am boleh menentukan hala tuju blog Am walaupun tak 100% Banyak yang Am belajar dari dunia internet ini, email untuk buat duit, politik, menghasut yang Am sendiri tak pasti kebenarannya, tak kurang juga email yang membina seperti takzirah, ucapan, cerpen, sajak dan banyak lagi. Selalunya Am akan amalkan sifat jika benda itu baik Am akan forwardkan kepada rakan-rakan Am dan jika buruk dan Am tak pasti kebenarannya, Am baca dan buangkan sahaja. Secara peribadi bagi Am banyak yang kita boleh dapat dari dunia internet yang tak bersempadan ini jika mahu dan tahu menggunakannya. Tak perlulah kita malu bertanya jika kita tak tahu kerana dari seorang yang '0' dalam didunia cyber ini makin banyak yang Am tahu dengan bertanya pada oarang yang Am kenal, kadang kala pada orang yang baru Am kenal dan ada pada orang yang lansung Am tak kenal.
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Sejarah BerInternet""