Bercerita tentang Sakit Badan
Photo ini Am rakamkan kalau tak silap hari Ahad lepas, sungguh tertarik melihat awan, gabungan antara awan putih, hitam dan biru Sebenarnya banyak photo yang Am rakamkan kerana sangat-sangat jarang awan berkumpul sebegini, kalau berkesempatan Am akan uploadkan di fotopages Am Semalam punya sakit badan Am ini, dari bangun tidur lagi, sebenarnya sakit badan ini sudah bermula dari hari Isnin. Puas Am fikir kenapa sakit badan ini, kawan-kawan kata mungkin angin banyak dalam badan kot. Ada kemungkinan juga kerana semasa bercuti makan macam-macam. Fikir balik mungkin tak kot kerana hari Sabtu dan Ahad tak sakit pun, fikir punya fikir mungkin kerana Am minum Nescafe O kaw kaw punya di pejabat, kebetulan 'Tea Lady' bercuti kenalah buat air sendiri, selalu minta dia buat kopi O. Bila kena buat sendiri buat yang senang, Nescafe O lah jawabnya. Mungkin kerana Nescafe O inilah kot, angin satu badan. Semalam petang tak minum air Nescafe O lagi, hari ini badan ok sikit. Baru Am tahu, Am ini rupanya tak boleh minum air Nescafe O kaw kaw. Rasanya banyak lagi yang Am tak boleh, ini kena try and error dulu hehehe. Hari ini sebenarnya ada dua benda Am nak minta tolong pada rakan-rakan blog. Pertama, semalam anak Am berdiolag dengan Am dan dihujung dialog itu dia kata dia belum tengok cerita King Kong lagi (siapa suruh dia tidur dalam panggung). Jadi dia minta Am masukkan cerita King Kong itu dalam HF O2 Am, jadi kalau ada rakan-rakan blog yang ada video clip cerita King Kong yang pendek-pendek itu, tolonglah email pada Am ya biskutlemak_1@yahoo.com Kedua, Am tiba-tiba timbul satu minat baru, kalau dulu Am akan mengumpul pensil dari semua hotel, byk juga yang dapat Am kumpul, sekarang tiba-tiba muncul pula minat nak kumpul kad-kad prabayar, maksud Am yang sudah digunakanlah. Am hanya dapat kumpul yang Hotlink sahaja kerana Am guna line Hotlink, jika ada sesiapa yang guna line lain bolehlah simpankan kadnya untuk Am bila reload nanti ya. Apa-apapun Am nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sudi membantu nanti
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang Sakit Badan"