Bercerita tentang "Ibubapa"
Matahari sudah terbit, Susah betul nak ambil photo matahari terbit ni, ini ambil semasa dalam perjalanan hantar anak ke tadika. Bangun semua matahari sudah terbit, hari baru sudah datang, datang dengan seribu harapan, datang dengan seribu rahsia yang bakal mencipta kenangan, kejayaan atau mungkin juga kekecewaan Terbit... Hai apa khabar semua? bagaimana dengan hujung minggu? alhamdulillah, Am masih sihat lagi dan masih lagi mampu berceloteh disini Hujung minggu sempat juga Am untuk menonton ulangan drama "Pondok Buruk 2", cerita ini memang tak bosan hendak ditengok, walaupun tak dapat tengok sehingga ke akhirnya kerana tiba-tiba ada "meeting" di tempat tinggal Am. Am tertanya-tanya didalam hati, mampukah Am jadi seperti Rosyam Nor itu, Am tak mahu terlalu meninggi diri kata Am mampu walaupun hanya sekadar cakap sahaja dan bila kenyataan Am jadi takut dan mengalah. Yang pastinya sebagai anak Am akan cuba menjalankan tanggungjawab Am sebagai anak. Teringat satu perbualan dengan bapa mertua adik ipar Am semasa di Kelantan, berbual punya berbual termasuk bab ibubapa, dia tanya Am Kenapa kita kena menghormati/sayang ibubapa kita? Dia renung sambil menantikan jawapan Am, Am harap dia akan menjawap soalan itu sendiri tapi akhirnya Am jawab kerana ibubapa sudah menjaga kita dari kecil lagi. Dia senyum dengan jawapan Am dan kata jawapan Am betul tapi tak berapa tepat. Cuba jawab kenapa jika lemas atau kebakaran, ibu atau bapa mati dengan anak mereka sekali, kalau nak ikutkan mereka boleh menyelamatkan diri mereka dengan meninggalkan anak mereka, jawapanya kerana mereka sudah mengangap anak itu nyawa mereka, kalau ada seekor nyawa nak gigit kita pun dia marah, begitulah besarnya kasih sayang ibubapa kita. Begitu besar kasih sayang mereka, mereka tidak minta kita membalasnya, mereka juga tidak meminta kita menyediakan kemewahan buat mereka, yang pastinya mereka memerlukan sedikit perhatian dari kita. Kadang kala perkataan "Hello, mak apa khabar?" "Abah dah makan ker belum, jaga kesihatan ya" sudah cukup mengembirakan mereka.
Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Ibubapa""