Bercerita tentang "SMS"
Photo ini Am rakamkan sewaktu hari hendak hujan, memang betul pun selepas photo ini dirakamkan hujan turun dengan selebat-lebatnya. Nampaknya awan hitam itu berjaya menindas awan biru itu. Am pernah hendah merakamkan suasana waktu hujan tapi apa daya photo yang dihasilkan lansung tak menarik perhatian Am, kelabu sahaja 'Abg Lang, Mak dekat hospital' Punyalah Am terperanjat bila dapat SMS ini dari adik Am, rasanya semasa telefon mak Am, dia sihat sahaja, bila pula dia dihospital. Terus Am telefon adik Am, ingat nak tanya di hospital mana dan wad berapa. Bila telefon baru Am tahu yang sebenarnya mak Am melawat orang sakit di hospital dan dia hanya nak beritahu yang mak Am tiada di kampung tapi dihospital melawat orang sakit. Kadang-kadang kerana nak cepat kita beri SMS yang tak lengkap atau maklumat yang tak tepat, mungkin ramai orang yang terkena seperti situasi Am ini. Seperti biasa bisinglah Am pada adik Am. Lemah jantung Am dibuat oleh adik Am ni. Kita semua perlu ingat SMS itu adalah untuk kemudahan kita, janganlah kita nak menyusahkan hidup kita dengan SMS pula dan kita boleh berjimat atau nak cepat tapi pastikanlah maklumat yang diberi itu tepat, mudah dibaca dan tak mengelirukan pihak yang menerimanya. Anak Kesian pulak Am tengok Anak Am, pedih luka dia kena air semasa mandi pagi tadi, isteri Am biasalah risau habis, sudah semalam dia siap ambil cuti 1/2 hari, nasib baik Am ada mesyuarat kalau tidak Am pun cuti 1/2 hari juga. Yang kelakarnya, anak Am beritahu kawan dia kata hari ini dia tak payah datang tadika kerana dah sakit, amboi pandai betul kawan dia sakit terus tak payah datang.
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "SMS""