Bercerita tentang "Rindu"
Photo ini sebenarnya Am sendiri sudah lupa bila Am rakamkan, sebabnya ambil photo ini sudah pasti kerana Am rasa awan pada waktu itu amat pelik dan susah nak nampak lagi. Selalunya awan memang pelik bagi Amlah tapi Am rasa jika awan itu boleh berkata, dia akan kata Am lagi pelik, tak penatkah ambil photo dia Pernah tak sesiapa tiba-tiba sahaja perasaan rindu itu datang, perasaan rindu ini kadang kala bukan sahaja pada manusia atau benda hidup tapi kita boleh juga rindu pada benda yang kita suka atau perbuatan yang biasa kita lakukan. Teringat lagi satu masa dahulu, semasa Am belum berkahwin dengan isteri Am, masa itu dia sedang belajar di UiTM (dulu ITM). Biasalah semasa hujung minggu kami akan berdating hehehe. Pada satu hujung minggu itu kami tak berdating dan Am rasa rindulah pulak. Nasib baik Am tahu dimana dia akan bertolak balik ke ITM dan masa dia bertolak. Terus Am naik motor dan pergi jumpa dia, nasib baik bas belum bertolak. Yang paling kelakarnya semasa Am masuk dalam bas itu dan tercari-cari isteri Am semua mata memandang Am, Am terus pandang di kerusi belakang, hakikat isteri Am berada dikerusi depan sahaja. Macam mana boleh tak nampak agaknya. Dia yang tegur Am hehehehe lepas rindu. Rindu itu sebenarnya elok tapi kalau rindu sampai tak boleh buat apa, makan tak nak, tidur tak nak dan paling teruk mandi pun tak nak sampai menyusahkan orang lain itulah yang tak eloknya. Am ada baca satu entry di salah satu blog (dah terlupa pula blog siapa) setiap hari paling kurang ada seorang yang sedang merindui kita. Betul atau tidak Am sendiri tak pasti. Siapakah agaknya yang sedang merindui Am saat ini?
Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Rindu""