Bercerita tentang "Cuti" 3
Photo ini Am rakamkan semasa sedang berpiknok si Sg. Gabai, sebenarnya ada juga rakamkan photo air terjun tapi nampak tak berapa menarik dan malu hendah paparkan disini. Nampaknya perlukan kamera yang lebih canggih untuk mendapatkan photo air terjun yang lebih menarik dan lebih jelas Seminggu bercuti, selain dari berpiknik tidak kemana-mana, sebenarnya memang tiada perancangan hendak kemana-mana pun. Cuti seminggu pula terasa begitu panjang bila tiada perancangan ini. Mungkin juga kerana cuti yang banyak beberapa bulan lepas menyebabkan dah tiada minat lagi nak kemana-mana. Cuti ini banyak yang Am rindukan, rindu blog, rindu nak berceloteh, rindu pada blog rakan-rakan dan yang pastinya tak rindu pada kerja hehehe, kerja yang rindu pada Am kot. Hari ini sudah kembali berkerja, banyak kerja yang perlu disiapkan tambahan pula hujung bulan ada mesyuarat dan banyaklah benda yang perlu disediakan. Nampaknya mulalah sibuk semula walaupun Am lihat sekeliling Am semuanya macam belum ada semangat nak berkerja lagi. Sebenarnya banyak yang hendak diceritakan tapi mungkin mula besok kot, hari ini hendak mengatur kerja mana yang dulu perlu diselesaikan dan mana yang boleh ditolak ketepi dahulu seperti kata kawan blog Am dahulu "Work hard and Smart"
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Cuti" 3"