Bercerita tentang "Darah"
Photo ini Am rakamkan di tasik KLCC, nampak cantik pula bayang-bayang bangunan itu di air tasik, Am rasalah jika kamera Am lagi canggih lebih cantik lagi photo ini KLCC 2..... Hari ramai yang nedaftar untuk pemeriksaan darah dipejabat Am, pejabat bayar apa lagi ramailah yang berani menampilkan diri termasuklah Am sendiri. Keputusan akan keluar dalam lingkungan dua minggu dari hari ini. Sebenar beberapa minggu lepas mereka sudah datang untuk pemeriksaan ringkas, lega Am, kandungan gula ok, jantung ok, buah pinggang ok, cuma kolestrol yang keluar sikit dari paras normal. Satu lagi tekana darah tinggi sikit, dia kata Am tak cukup tidur kot, Am kata kalau dia periksa Am hari cuti silap-silap masih sama juga tapi kali ini kerana terlebih tidur pula hehehe. Kebetulan, Am nak beritahu satu benda yang Am baru tahu, sebenarnya jantung kita akan berehat selama 4 jam setiap hari dan waktu rehatnya adalah pukul 11.30 malam hingga pukul 3.30 pagi. Jadi doktor itu nasihatkan sekurang-kurang 4 hari seminggu kita perlu tidur pada waktu itu. Kata-Kata Menarik
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Darah""