Bercerita tentang "Hutang PTPTN"
Photo iniAm rakamkan berhampiran dengan bangunan Dayabumi semasa dalam perjalanan pergi mesyuarat. Nampak cantik pula pokok dan awan itu dan matahari yang memancar keatas daun pokok itu. Baru-baru ini Am terlihat senarai peminjam PTPTN yang masih belum menjelaskan hutang mereka dan masih belum dapat dihubungi. Mungkin mereka boleh lari dari semua orang tapi bolehkah mereka lari dari diri mereka sendiri. Tertanya pula Am, mereka ini tak sedar ker yang mereka berhutang, mereka ini kan sudah berjanji akan membayar hutang mereka dahulu, mereka ini benarkah tak mampu membayar semula hutang ini, adakah satu batu besar sudah tertanam dikepala mereka atau mereka ini memang tak nak bayar hutang mereka. Am terus tertanya-tanya, tenteramkah mereka hidup dengan kenyataan mereka lari dari membayar hutang mereka, tenteramkan hidup mereka melihat anak-nak generasi akan datang yang mendapat masaalah dari kedegilan mereka. Fakta Menarik
Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan. Labels: Fakta, Isu Semasa, Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Hutang PTPTN""