Bercerita tentang "Brave"
Photo ini hadiah dari saudara Irman kita buat Am, dia kata dia rakamkan photo awan ini di P.Pangkor. Terima Kasih banyak-banyak Irman Teruja dapat hadiah dari kawan blog ini walaupun hanya sekeping photo Terima Kasih... "Brave"..... perkataan inggeris pertama yang Am rasa paling canggih Am tahu semasa Am sekolah dahulu, dah lupa pula darjah berapa masa itu tapi punyalah seronok rasa macam dah pandai sangat bahasa inggeris masa itu. "Brave" atau berani atau keberanian, bila fikir semula tentang berani ini, setiap orang mempunyai maksud sendiri tentang berani, ahli bomba meredah api untuk menyelamatkan mangsa, itu berani, askar meredah hutan dan menyerang musuh, itu berani, ibubapa bapa berdiri dihadapan untuk mempertahankan keluarga, itu juga berani. Menegur orang yang melakukan kesalahan walupun orang itu kita tak kenal memerlukan satu keberanian yang tinggi kerana bukan semua orang yang nak buat perkara itu dan berfikir pun untuk buat perkara itu. Satu lagi bila kita menegur orang kita sendiri tak tahu akan reaksi dari pihak yang kita tegur itu. Namun begitu bagi Am pula orang yang paling berani ialah orang yang boleh mengakui kesalahan mereka dan meminta maaf atas kesalahan mereka. Minta maaf, bunyinya memang senang tapi tak semua orang mampu melakukannya apatah lagi dalam keadaan yang ikhlas. Makin tinggi jawatan, kuasa dan harga diri kita makin tinggilah keberanian yang kita perlukan untuk meminta maaf Fakta Menarik Nota Kaki: Selamat berhujung minggu, semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Brave""