Bercerita tentang "Halal"
Masih lagi koleksi photo di dalam simpanan Am, cuba merakam photo baru tapi masih dapat photo yang menarik. Sementara tunggu photo-photo yang menarik dihasilkan, keluarkan dulu semua photo yang dalam simpanan Am Memancar... Kalau semalam dengar cerita yang banyak restoran India Muslim bukan dimiliki oleh mereka lagi tapi kini dimiliki oleh along-along. Ini terjadi kerana mereka tak mampu untuk membayar hutang mereka. Hari ini pula kecoh tentang cerita kebanyakkan restoran ini tidak ada pergiktirafan Halal. Am pun pernah terkena juga di restoran berhampiran dengan rumah Am, ada gantong ayat quran tapi peliknya bila depavali dia bercuti, bila risik baru tahu restoran itu bukan restoran islam. Rasa tertipu sangat dan sampai sekarang masih geram pada restoran itu. Mungkin mereka rasa hanya dengan mengantong ayat quran dan bersih sudah menjadikan makanan mereka halal pada orang islam. Sepatutnya bukan begitu bang oi, banyak lagi yang perlu diambil kira, kalau tak tahu bolehlah merujuk pada Jabatan Agama, jangan ikut akal sendiri sahaja. Benda-benda ini menjadikan Am dan keluarga bergitu berhati-hati jika hendak makan diluar, kami akan pastikan kedai itu benar-benar halal baru kami akan masuk dan makan disana. Terkena juga nak buat macam mana, sekurang-kurangnya kami telah berhati-hati sebaik mungkin.
Labels: Isu Semasa, Jom Fikir, Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Halal""