Bercerita tentang "Hari Guru"
Guru umpama satu matahari yang memancarkan cahaya dilangit yang membiru, tetap setia memancarkan cahaya walaupun ada yang membenci kepanasannya. Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru walau dimana sekalipun. Am mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru tak kiralah guru apa sekali pun janji dia mengajar dia tetap guru bagi Am. Jasamu amat besar dalam mendidik bangsa mengenal apa itu huruf, baik dan buruk dan hala tuju kehidupan ini. Jejak-jejak yang kau tinggalkan bagai jambatan yang menyambung kehidupan anak-anak muridmu. Kebetulan cerita pasa guru ini, sebenarnya cita-cita Am semasa kecil dulu ialah hendak menjadi Guru yang Berdedikasi, Am ingin sangat jadi cikgu BM atau Sejarah tapi bila besar kelayakan dah cukup dan sudah ambil borang maktab tapi tak hantar kerana Am fikir punya fikir, Am ini sebenarnya tak cukup kesabaran untuk menjadi pendidik, Am takut Am akan jadi guru pendera nanti. Memang betul pun Am tak cukup kesabaran nak ajar anak Am pun kadang-kadang Am akan hilang kesabaran. Nampak mudah kerja guru ini tapi hakikatnya jauh lebih susah dari kerja-kerja yang lain. Anak Am mula periksa hari ini, isteri Am pula yang risau, malam tadi sementara isteri Am ajar dia ulangkaji, Am pula sibuk menyiapkan barang-barang untuk periksa dia, teringat pula, suatu masa dulu ibubapa yang yang sibuk menyediakan barangan untuk periksa Am sekarang Am pula yang sibuk. Masa bagai terlalu cepat berlalu.
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Hari Guru""