Bercerita tentang "Makan"
Satu lagi Photo langit senja tapi photo ini dirakamkan oleh isteri Am, pembantu juru photo Am hehehe, ada banyak lagi pgoto yang isteri Am rakamkan dalam simpanan Am. Mungkin besok Am akan paparkan photo yang isteri Am rakamkan juga. Semalam semasa turun lift, kebetulan pula semua perempuan dalam lift tu, tak berani pandang perempuan dalam lift tu nanti disangka nak mengorat pula walaupun memang ada niat sebenarnya hehehe. Kerana taknak pandang punya pasal, pandang cermin dalam lift tu, baru perasan muka Am ni dah kembang sikit. Ada dua alasan kenapa jadi macam ini, pertama sakit bengkak muka, kedua terlebih makan. Am rasa alasan kedua tu yang boleh diterima pakai, mana tak nya, dari sarapan, lunch dan makan malam semuanya berat-berat, mana tak semua anggota badan mengembang, nak berdiet sikit rasanya tapi nak buat macam mana, sentiasa pasang niat, laksanakanya tak juga hehehe Kebetulan cerita pasal makan ini, Am teringat satu dialog yang Am pernah dengar semasa Am kecil dulu "Makan untuk Hidup bukan Hidup untuk Makan" Rasanya kita patut laksanakan "Makan untuk Hidup" tapi ramai umat manusia sekarang lebih suka menggunakan "Hidup untuk Makan". Sebab itulah sekarang kita tengok makin ramai yang Makan rasuah, kawan Makan kawan, Makan keliling dan macam-macam makan lagi. Yang aneh dan pelik tu ada juga yang sanggup makan kaca, paku, kertas dan lain-lain lagi. Hidup untuk Makanlah katakan.
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Makan""