Bercerita tentang "Masalah"
Photo ini sudah lama dalam simpanan Am, dah lupa bila Am rakamkan tapi yang pastinya semasa Am pulang dari pejabat. Sekarang ini terlalu kurang photo langit yang menarik berjaya Am rakamkan, cita-cita untuk membeli kamera yang canggih masih belum berkesampaian lagi. Sejak bawa motosikal ini Am perasan ada banyak perbezaan dengan semasa bawa kereta, beza dari apa ya. Ok jika semasa dulu lubang kecil tidak memberi masalah sangat tapi sekarang lubang kecil itu terlalu bahaya sehingga boleh buat motosikal Am bergegar, lubang besar yang dulunya sangat sukar dielak tapi sekarang mudah sahaja dielak dari dilanggar dan tak menjadi masalah. Begitu juga dengan Kehidupan ini, masalah kecil pada kita tak semestinya kecil pada orang lain, mungkin tiada masalah bagi mereka ataupun masalah kecil kita itu merupakan masalah besar bagi mereka. Begitu juga sebaliknya. Oleh itu kita sepatutnya selalu ingatkan diri kita agar kita berjaga-jaga dalam kehidupan seharian kita kerana secara sedar atau tidak kita mungkin masalah pada orang lain samada kita suka atau tidak. Dalam Hidup yang serba mencabar ini tekanan berada disana sini, hidup menjadi semakin mencabar, sedikit masalah yang kita berikan kepada mereka mungkin akan meletupkan sifat kesabaran satu individu itu, mungkin inilah penyebab kepada kes mengamuk, bunuh diri, kes dera dan bermacam-macam kes kejatuhan akhlak lagi.
Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Masalah""