eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Thursday, July 27, 2006

Bercerita tentang "Perkataan itu Doa"

Awan


Dah lama Am rakamkan photo ini, sekarang ni mula memaparkan photo lama kerana langit memanjang mendung sahaja.

Ada yang bertanya kenapa gambar awan sahaja, Am lebih selesa dengan photo awan atau benda lain kerana takut bila ambil photo org, mereka marah pula photo mereka terpapar di blog Am nanti

Awan Biru...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Semalam Am bercuti, jaga anak kerana dia deman teruk. Biasalah ambil giliran jaga, dulu isteri Am dah cuti sekarang giliran Am pula.

Ok hari ini nak bercerita tentang perkataan kita yang selalu kita cakap, bagi Am setiap perkataan kita tak kira samada yang baik atau buruk merupakan satu doa terhadap diri kita atau orang lain. Atas sebab itulah Am selalu sakit hati dan menegur sesiapa yang panggil org lain dengan perkataan yang tak elok atau panggil diri mereka dengan perkataan yang tak elok.

Selalunya jawapan mereka senang aja
"Cakap aja, tak ada niat pun",
"Alah biasalah tu, memang stail aku cakap macam tu" dan
"Orang tu tak marah, buat apa engkau nak kisah pula?"

Tak kisahlah jika dengan niat atau tidak, setiap perkataan itu bagai kita mendoakan dia, sekali sekala bila doa kita dimakbulkan takkan kita hendak perkataan buruk itu yang dimakbulkan?


Nota Kaki:
Terfikir, gembira atau bangga sangat ker bercakap dengan bahasa yang kotor ni

Labels: ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Perkataan itu Doa""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK