eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, July 21, 2006

Selamat Ulang Tahun Pertama Blogku

Close-Up


Blog : KlinikMinda-Merenung Jejak Kehidupan
Blog Aktif : 21 July, 2005
Tuan Rumah :
AbahMuda@Am
Jumlah Entry : 233
Entry Pertama : 21 Julai, 2005/7.33a.m.

Pelawat : 013020
Blogger Dilinkkan : 136
Blogger linkkan Am : Tak tahu


Hari ini, tanpa sedar sudah setahun Am dalam dunia blog ini. Kredit yang utama Am harus berikan pada isteri Am yang kenalkan Am dalam dunia blog ini, isteri Am juga menjadi pengunjung pertama dalam blog Am ini dan sampai sekarang masih menjadi pengunjung setia dan juga sebagai penasihat Am. Selalunya bila masuk bab yang sensitif Am akan tanya pada isteri Am dulu patut publishkan disini atau tidak. Kredit juga harus diberi kepada semua rakan-rakan yang membantu Am dalam menjadikan blog Am ini lebih ceria.

Dari hanya sedikit asas yang Am ada, Am belajar untuk membuat macam-macam dalam blog Am. Tanpa malu dan segan Am bertanya pada kawan-kawan yang baru kenal ataupun tak kenal untuk menambahkan apa-apa yang patut dalam blog Am ini. Hasilnya dah macam-macam yang ada dalam blog Am ini.

Seperti yang Am kata dulu, blog Am ini Am jadikan tempat dimana Am meluahkan apa yang Am nampak sebagai peringatan kepada pengunjung-pengunjung dan juga kepada diri Am sendiri. Maaflah jika ada kalanya Am agak kasar dalam bercerita hingga menyinggung perasaan sesiapa kerana seperti yang kita tahu kebenaran itu kadang kala sakit untuk didengar.

Ucapan terima kasih juga kepada semua pengunjung yang tak jemu-jemu mengunjungi blog Am dari dulu sampai sekarang.

Nota Kaki:
Harapan Am semuga Am masih ada semangat untuk memastikan blog ini akan dapat meraikan ulang tahun yang kedua

Labels:

JEJAK TEMAN DI "Selamat Ulang Tahun Pertama Blogku"

 

JOM TINGGALKAN JEJAK