Bercerita tentang "Sahur & Shopping"
Dah lama pula tak paparkan photo awan di Malaysia, macam lupa daratan pula Am ini hehehe Hari Jumaat lepas atas permintaan isteri Am, kami sekeluarga bersahur diluar. Sebenarnya tak tahu nak kemana akhirnya Kampung Baru jadi pilihan. Seronoknya anak Am. Abah dan mama dia boleh tidur sekejab tapi dia berjaga kerana tak sabar-sabar nak bersahur diluar. Ingat dah nak pagi tak ramai orang, rupanya punyalah ramai orang sampai nak cari tempat "arking" kereta pun masaalah. Hari Ahad kami ke KLCC, bukan apa cuma nak belikan kasut anak Am sambil jeling-jeling kasut untuk Am, kalau duit masuk baru sambar hehehe. Sudah umur 6 tahun anak Am inilah kali pertama Am naik LRT dengan anak Am kerana sebelum ini dia naik dengan mama dia sahaja. Seronok betul dia, bertambah seronok bila dapat mainan "Power Rangers". Dah lama tak naik LRT tapi sifat rakyat Malaysia masih sama seperti dahulu, berat sangat badan untuk beri duduk pada yang memerlukannya, ada yang buat-buat tidur ala-ala Adlin Ramli, ada yang buat-buat tak nampak dan paling sakit hati ada yang buat-buat tak perasan orang suruh dia bangun beri tempat duduk pada orang lain. Fadilat Sembahyang Terawih
Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Sahur & Shopping""