Bercerita tentang "Kad Raya"
Ada beberapa keping lagi photo, nanti Am akan paparkan disini Norway... Semalam anak Am dapat kad raya dari kawan dia, punyalah teruja dia bila dapat kad itu. Dalam bas sekolah dia agaknya kasar sangat buka sampai terkoyak sampul kad itu. Terus menangis dia. Awek india kasi di tadika dia hehehe. Nampaknya "Tarikh" semalam kena rekod sebagai tarikh pertama anak Am terima kad raya dalam hidup dia. Teringat pasal kad raya ini, teringkat pula satu pantun yang paling popular kalau hantar kad raya ini semasa zaman Am bersekolah dulu "Pecah Kaca Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas". Agak-agaknya kalau letak pantun ini dalam kad raya yang nak beri pada boss dan rakan-rakan Am, mereka balas tak hehehehe Fadilat Sembahyang Terawih
Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Kad Raya""