Bercerita tentang CURANG
Semalam sempat melayan cerita Butterfly On A Wheel di Astro. Kali kedua Am menonton cerita ini kali pertama dengan isteri Am. Cerita berkisar tentang isteri yang membuat komplat supaya suaminya merasahi perasaan benci, sedih, marah, kecewa dan terhinanya dirinya apbila suaminya curang. Paling menarik ialah isteri itu berpakat dengan suami perempuan yang lelaki itu ada hubungan sulit. Menonton cerita ini teringat pula kisah Abby dan Norman. Kesihan Abby walaupun Am tak tak tahu kisah sebenar disebalik kisah-kisah yang terpapar di muka-muka akbar. Norman bersalah atau tidak itu tidak penting. Ramai telah menghukumnya bersalah bila dia mengaku suka/sayang pada perempuan lain selain isterinya. Am selalu berdoa agar Am tak jadi suami yang macam yang Am dengar, baca dan tonton. Atas sedikit kesenangan Am terlupa atau sengaja lupa pada isteri yang dahulu sama-sama susah, sama-sama berpanas dan berhujan. Atas apa juga alasan Am berdoa agar tak jadi lelaki sebegitu. Cubaan dan dugaan memang banyak, sana lawa, sini menarik, situ mengoda, sinun manis TAPI bagi Am isteri Am lah yang PALING lawa, manis, cun, mengoda sejak dari mula Am kenal, hari ini, esok dan selamanya. Pnajang pula Am bercerita hari ini, jumpa lagi Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan. Kitalah watak utama dalam hidup kita dan sebagai watak utama kita punya tangungjawab terhadap hidup kita dan sekitar kita. Salam dan jumpa lagi. Nota Kaki: Banyak benda kita kena belajar sebelum berkahwin tapi lebih banyak lagi benda kita belajar untuk mengekalkan perkahwinan |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang CURANG"
salam...itula adat hidup di dunia penuh pancaroba..semoga kita dilindungi oleh Nya
Itulah yang Am harap-harapkan, semuanya bermula dari niat, harap2 Am tiada niat nak belaku curang hehehe
Uitss.. sapa tak sayang bini bro.
Yerla. Sabar dengan banyak perkara adalah satu pengajaran yang saya dapat bila dah berkawin ni.
man tak kawin lagi, tapi spt biasa man bljr dari pemerhatian..suami isteri kena ada timbang rasa dan toleransi...suami tampung kelemahan isteri dan sebaliknya... paling penting seorang suami kena byk bersabar dlm melayan karenah isteri...harapnya klu dah ada isteri, dia dpt tampung kelemahan man...cewah...
Mazudi:
Ya, sabar tu satu benda paling utama dalam perkahwinan ni tapi kadang kala kesabaran pun tercabar juga hehehe
Irman:
Setuju dengan pendapat man, pendapat yang bagus walaupun belum berkahwin hehehe. Nak minta dia tampung kelemahan man, masa bercinta jgn berpura-pura, beritahu diri man yang sebenar pada dia.