eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Tuesday, February 21, 2006

Bercerita tentang "Dua Perkara"

Senja


Kembali memapar photo awan senja setelah sekian lama dengan awan pagi dan tengahari, photo ini sudah agak lama dalam simpanan.

Masih cuba merakamkan photo senja yang benar-benar memuaskan hati Am. Setakat ini belum ada yang benar2 memuaskan hati.

Pancaran...
Original Upload from O2 Xda II mini

Entry kali ini bagai melepas geram, jadilah bacalah dengan perasaan geram hehehe

Semasa main boling di One Utama hari Ahad lepas, ada dua benda yang Am lihat dan menyakitkan hati Am, dua benda yang bagai sudah menjadi kebiasaan dan makin menjadi ikutan dikalangan orang-orang Malaysia sekarang.

Pertama Am lihat ada beberapa orang perempuan yang pakai seluar punyalah rendah dari paras pinggang, Am rasalah kalau Am tarik maunya tertanggal seluar dia, dengan baju yang lebih tinggi dari pinggang dan mendedahkan perut mereka. Terfikir juga Am, tak malu ker mereka ini, Am sebagai lelaki nak dedah perut pun malu ditempat umum macam itu, ini pula mereka perempuan yang masih muda belia lagi. Yang pastinya Am tak nampak perasaan malu pada mereka, perasaan bangga adalah agaknya.

Kedua Am lihat lelaki pula pakai baju, ok tu tak ada masalah, masalahnya ialah apa yang tertulis dibaju tu, perkataan F*ck Off, F*ck*r dengan besarnya terpampang didepan baju mereka, dengan muka ala mancho dan sedikit garang, mereka berjalan dengan bangga seolah-olah baju itu memberi kebanggaan kepada mereka. Adakah mereka tak faham apa maksud yang tertulis dibaju mereka? atau mereka memang nak itu tertulis dibaju mereka.

Yang paling menyedihkan ialah hampir semua yang melakukan 2 perkara itu ialah anak bangsa kita, masih muda dan itulah golongan yang bakal mengantikan kita dimasa akan datang.

Kata-kata Menarik
A crocodile cannot stick its tongue out.

Nota Kaki:
Kita benci bila orang membenci, mengkritik dan memandang serong pada kita tapi kita dengan sengaja memberi terlalu banyak ruang untuk orang lain untuk berbuat demikian.

Labels: , ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Dua Perkara""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK