Bercerita tentang "Popular"
Terasa cantik sangat pula bila sekali sekala dapat lihat langit membiru ini, terus Am rakamkan. Sebenarnya langit biru ini lebih cantik cuma kerana gunakan hanya kemera telephone tidaklah dapat rakamkan keseluruhan kecantikkan itu. Langit Membiru Original Upload from Samsung SGH-D500 Hospital Paling popular - Hospital Sungai Petani, Kedah (4 kali buat kes, 4 kali masuk akbar dan dalam masa tak sampai pun 4 bulan.) Artis Paling popular - Mawi World (baru jadi bintang album dah terjual lebih dari 150,000 unit, sah-sah popular) Peminat paling popular - Peminat yang kutuk Mawi (tak percaya, cubalah kutuk Mawi kat mana-mana, for sure popular nanti kena kutuk dengan orang lain) Jurulatih paling popular - Bertalan Bicskei (bila menang dia popular bila kalah 7-0 dia lagi popular sampai kena pecat secara halus dari jawatannya) Blog paling popular - Blog siapa ya? (no komen) Sini Am beri beberapa tip untuk jadi popular: 1. Berkawan dengan orang yang sudah popular Yang ini kawan Am beritahu dahulu, ada kebenarannya tetapi kenalah ubah diri ikut cara orang yang dah popular itu, berbaloi kah? 2. Banyakkan bercakap. Yang ini Am lihat sendiri disekeliling Am, memang cepat popular pun tetapi lagi banyak bercakap lagi banyak salah cakap dan lagi senang dapat dosa kering, berbaloi kah? 3. Buat benda yang orang lain tak buat Contohnya cuba tak pakai baju pergi kerja. Mesti popular habis punya, masalahnya. Sanggupkah? 4. Buat kerja-kerja yang tak elok. Yang ini popular jangka panjang, seperti botak chin, sampai sekarang pun masih popular. Bukan nak mengajar orang kita jadi jahat, cuma nak mengajak mereka berfikir, perlu sangatkah popular itu jika tak kena jalannya dan tak menguntungkan sesiapa dan juga diri sendiri. Kenapa kita hendak sangat mengejar popular? Bukannya kita dibayar gaji bila popular. Nota kaki: Biar tak popular asal hidup dalam keberkatan Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Popular""