eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Monday, October 03, 2005

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Langit Gelap
Kalau tak silap photo ini Am rakamkan sebelum hujan lebat yang amat sangat di pejabat Am.

Selalu ambil photo awan terang, kali ini Am cuba ambil yang gelap pula, biasalah ingin cari kelainan sikit.

Langit Gelap
Original Upload from Samsung SGH-D500


Selangor akhirnya berjaya mencipta satu sejarah manis bila berjaya memenangi ketiga-tiga piala termasuk Piala Malaysia. Hebat....... sangat hebat, harap-harap tidak hebat semusim sahaja sudahlah. Terus-terang Am katakan hebat manapun di Malaysia namun seperti kata isteri Am, corak permainan mereka masih jauh berbeza dengan permain luar negara. Bagi Amlah permain kita sepatutnya didedahkan lagi dengan corak permainan antarabangsa.

Akhirnya Elly memilah Danial dalam "Program Mencari cinta", benarkah Elly benar-benar mendapat cinta yang dicarinya dan Danial adalah lelaki yang benar-benar sejiwa dengannya. Malas Am nak komen kerana rasanya berbulan-bulan juga nanti baru mereka kahwin. Tunggu dan lihat sahaja lah.

Hujung minggu Am pula agak memboringkan, sakit kepala, sakit hidung, sakit tekak, sakit perut dan sakit hati. Akhirnya terpaksa duduk rumah sahaja sampai naik boring anak Am.

Sakit punya pasal anak Am tiba-tiba belajar buat air milo untuk abah dia, punya lah manis tapi sedap pasal air pertama anak Am buatkan untuk abah dia. Pandai anak bujang Am tu.


Nota Kaki:
Am mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan dan semua yang menjengok di blog Am ini.

Labels: , , ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Hujung Minggu""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK