Bercerita tentang "Warisan"
Photo ini dah lama Am ambil, sebenarnya sebelum ini am tak perasan boleh nampak Menara KL ini dari tempat yang Am ambil ini. Bilalah agaknya Am nak bawa anak Am naik menara KL ni? Menara KL Original Upload from Samsung SGH-D500 Beberapa hari yang lepas, Am ada terbaca satu entry dari blog kawan, entry mengenai blog yang tuan punyanya sudah meninggal. Am tergerak hati melawat blog2 itu. Membaca setiap entry memberikan satu perasaan pada Am, melihat keceriaanya diwaktu hidup dan setiap nasihat yang diberikan. Agaknya ini jugalah yang akan terjadi pada blog Am pada suatu hari nanti. Tak mustahilkan? Hari ini Am masih bernafas, menulis entry di komputer yang sama, mungkin besok Am akan senyap, mungkin kerana sakit, mungkin kerana Am sudah tak berupaya atau mungkin Am sudah berangkat ke alam lain. Mungkin kerana dalam hidup ini seperti kata sahabat Am, banyak kemungkinannya. Salah satu warisan yang mungkin Am tinggalkan adalah blog ini, sebab itu setiap kali Am menulis di blog ini Am ingin berkata dari hati dan menjadi diri sendiri. Mungkin suatu hari nanti orang akan kenal siapa diri Am melalui blog Am. Nota Kaki: Bersyukur dengan apa yang kita dapat, bergembira dengan apa yang kita ada, merenung apa yang kita telah tinggalkan. |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Warisan""