Bercerita tentang Blog 2
Cuba mengambil photo matahari, inilah hasilnya. Nampak tak meriah pula matahari dalam photo Am ini. Mungkin jika Am ada kamera yang canggih nanti Am akan cuba rakamkan photo matahari dengan lebih berkesan lagi. Matahari Original Upload from Samsung SGH-D500 Ini kali kedua post Am bercerita tentang blog, keinginan bercerita tentang blog ini timbul sekali lagi apabila semalam melawat blog Azhan dan terbaca artikel yang bertajuk "Tiada Akta Khusus Kawal Selia Blog" Seperti yang Am pernah katakan dahulu jika blog disalah gunakan akan banyak Akta baru akan muncul dan diwartakan. Oleh demikian janganlah kita cepat melatah bila benda ini timbul, benda ini lebih kurang serupa dengan kes email, sms dan kamera telefon bimbit dahulu juga. Kita semua tahu, keberanian mereka menulis benda-benda yang menyentuh tentang isu perkauman dan beberapa isu sensitif yang lain kerana mereka rasa mereka tidak dapat dijejak dengan menggunakan identiti palsu, sangkaan ini sudah terbukti salah. Kita kena ingat jika kewujudan blog-blog yang tak bertangungjawab ini semakin bertambah, Akta itu mungkin akan betul-betul dilaksanakan dan akhirnya hak kita menulis akan tersekat. Bukan kepada penulis yang tak bertangungjawab itu sehaja tetapi kepada seluruh penulis blog. Hasilnya nanti penulis blog hanya akan menulis mengenai topik-topik yang begitu biasa kerana takut melanggar garis panduan yang akan diberikan dan seperti comment Am dalam blog Azhan "kita akan menulis apa yang mereka hendak kita tulis bukan apa yang kita hendak tulis". Kebetulan bercerita tentang blog ini Am ingin berkongsi pengalaman Am sedikit ketika melawat blog-blog dialam maya ini. Ada satu blog itu, blog yang memang popular dan Am rasa ramai yang tahu blog ini. Bagi Am bila kita tahu blog kita selalu dimasuki pengunjung kita kena jaga bahasa kita, masalahnya owner blog itu tetap dengan bahasa yang kotor bila marahkan pengunjungnya dan suka melebal-lebalkan orang lain dengan gelaran haiwanlah dan macam-macam lagi. Bagi Am jika dia marah dan menulis benda-benda ini, apa bezanya dia dengan orang yang dia marah itu, jika kata org itu haiwan dia pun mungkin juga sama. Alasan yang standard yang diberikan bila menulis perkataan itu ialah "Ini blog aku, suka hatilah aku nak tulis apa, kalau tak suka jangan masuk". Bagi Am itu alasan budak-budak, seperti kata Abah_Muizz tiada "Hak Mutlak" dalam kehidupan ini dan Am bersetuju. Tak salah kita marah tapi biarlah marah kita menyedarkan orang lain dan bukan mempamerkan kelemahan diri kita dimata pembaca yang lain. Bagi Am semua bermula dari kita sendiri, kita akan terima semula apa yang kita berikan, jika kita berikan perhormatan pada pembaca kita maka kita akan dapat perhormatan juga, jika celaan yang kita beri maka celaanlah yang kita terima. Secara peribadi bagi Am, kita kena faham setiap oarang ada hak mereka, hak orang yang menulis blog dan hak orang yang membaca blog, kalau kita sudi menulis dan mempublishkan tulisan kita, kita sepatutnya sudi menerima kritikan dari pembaca kita. Satu blog lagi yang Am nak ceritakan ialah blog saudara afdlinshauki, ada satu ketika dahulu seorang pembacanya melebalkan dia sebagai haiwan. Yang buat Am hormatinya ialah cara dia menjawab comment dari pembacanya itu. Ini ialah satu contoh yang terbaik dan sepatutnya menjadi ikutan kepada penulis blog lain. Akhirkata saat-saat indah mempunyai blog ini mungkin akan berakhir jika tidak pandai menggunakannya dan maaf jika post ini menyinggung perasaan sesiapa kerana niat hanya untuk saling ingat mengingati. Nota Kaki: Ribuan Terima kasih kepada kuncup kerana sudi mencipta satu lagi button untuk Am, walaupun simple baginya tapi amat bermakna bagi Am, Terima kasih sekali lagi kuncup. |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang Blog 2"