Bercerita tentang "Hujung Minggu"
Photo ini ambil ambil dari email yang rakan berikan pada Am, cantik betul photo ini dan Am terpanggil untuk berkongsi dengan rakan-rakan blog Am. Am memang sudah lama pasang niat untuk pergi ke sini, entah bila niat Am ini akan tercapai, yang pastinya suatu hari nanti dengan keizinan tuhan Am akan sampai juga kesini. Mekah Sumber - Email dari Rakan Hujung minggu biasalah banyak menghadiri rumah terbuka, banyak juga rumah yang dilawat termasuklah rumah yang tiada dalam perancangan. Minggu lepas pula kebetulan hujung minggu terakhir bulan puasa jadi cuba untuk melawat rumah rakan-rakan. Pergi rumah terbuka ini ada banyak keseronokkannya, pertama seperti biasa makan free, kedua berjumpa dengan yang lama tak jumpa dan yang ketiga ialah boleh berbual dengan sesiapa sahaja walaupun sebelum ini tak kenal lansung. Cuma yang frustnya ialah tiba-tiba pula hari Sabtu, gusi Am sakit sangat sangat sampai terpaksa jumpa doktor gigi. Doktor kata Am ini selalu mengunyah mengunakan gigi belah kanan, dia nasihatkan Am mengunyah makanan menggunakan kedua-dua belah gigi. Sekarang ni terpaksa gunakan gigi belah kiri dahulu bila dah sembuh nanti baru mula berlatih guna kedua-dua belah. Kebetulan cerita pasal gigi ini, Am teringat yang Am ada terima email minggu lepas tentang Jenama Ubat Gigi yang haram. Malas Am nak beritahu jenama ubat gigi itu disini kerana Am sendiri tak tahu setakat mana kebenarannya. Yang pastinya, didalam dunia IT sekarang ini terlalu banyak maklumat yang kita dapat dan taraf kebenarannya sukar dipastikan dan kadang kala tak boleh dipastikan. Nota Kaki: Meeting bertambah lagi, maknanya kerja bertambah lagi, aduh....... |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Hujung Minggu""