Bercerita tentang "Kawan dan Musuh"
Sekian lama Ambil photo waktu siang, sekarang ini berminat ambil photo waktu malam pula. Ini kiranya nak tukar imej sikitlah. Seperti biasa lain dibayangkan lain pula jadinya Malam Original Upload from O2 Xda II mini Hari ingin bercerita tentang kawan dan musuh. Ada sesuatu yang menyebabkan Am ingin bercerita tentang topik ini tapi terlupa pula apa sebabnya. Bahaya ini daya ingatan makin kurang sekarang. Ok berbalik pada cerita hari ini. Satu masa dahulu ada seorang pernah beri perkataan ini pada Am "Jangan berkawan dengan kawan dan jangan bermusuh dengan musuh". Dulu Am tersenyum lihat ayat ini, pelik benar bunyinya dan terus terang Am sendiri pun tak faham maksudnya yang tersirat. Bila makin dewasa dan menempuhi banyak pengalaman baru Am sendiri tahu maksud ayat itu. Bagi Amlah sempadan antara kawan dan musuh itu terlalu halus dan kadang kala kita sendiri tak pasti seseorang itu kawan kita atau musuh kita. Kalau zaman dahulu kita sedar dan pasti siapa musuh kita tapi zaman moden ini kita tak pasti siapa kawan dan musuh kita hinggakan kita tersalah menafsir yang mana kawan dan musuh. Bagi Am tiada siapa yang dapat mengajar kita tentang ini, kita kena belajar sendiri untuk mengenal kawan bagaimana yang kita hendak. Kalau masa dahulu ramai yang sanggup berkorban apa sahaja demi persabahatan walaupun harta dan nyawa tapi sekarang amat jarang kita dengar, mungkin kita sendiri sudah tidak pasti maksud kawan itu sendiri atau kita sendiri sudah tidak berani untuk pertaruhkan apa-apa untuk sebuah persabahatan. Tentu ramai yang telah mendengar kawan selalu memuji kita walaupun kita salah, jadi berhati-hatilah jangan kita cepat termakan pujian dan satu lagi jangan kita cepat melatah dengan kritikan musuh kita. Jadi kita lebih berhati dalam hidup kita, ramai yang terlalu taksub dengan kawan dan akhirnya terdampar ditepi-tepi jalan menjadi doktor tanpa tauliah atau memenuhi penjara-penjara yang semakin tak mampu menampung penghuninya dan paling sedihnya memenuhi bilik-bilik kecil dilorong-lorong gelap. Dalam hidup Am, Am dah lihat ramai yang terpesong hidup mereka kerana pengaruh kawan, Am bersyukur kerana Am berjaya dalam ujian tentang kawan ini. Entahlah kalau ditanya nasihat Am, Am lebih suka memberi nasihat yang kita ini mesti kuatkan asas kita sendiri, kalau asas kita kuat kita akan selamat. Bagi Am semua berpunca dari asas kita. Kita selalu lupa bahawa kawan kita yang paling baik ialah ibu bapa kita. Nota Kaki: Kawan yang baik itu boleh menjadi musuh yang bahaya, musuh pula boleh menjadi kawan yang lebih baik dari kawan baik. Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Kawan dan Musuh""