Bercerita tentang "Cuti Hari Raya"
Cuti 2 minggu sampai tak tahu nak mula bercerita dari mana. Bermula cuti dengan perasaan yang tercalar kerana berita gembira jadi berita tak gembira. Biasalah tak boleh berharap sangat. Banyak nak diceritakan mengenai kemalangan yang makin bertambah walaupun undang-undang pun makin bertambah, mengenai perangai perkerja di KLIA dan beberapa isu yang lain. Tapi ini tunggulah pada masa lain. Kali ini Am nak bercerita tentang raya Am. Hari raya Pertama beraya dirumah Am sendiri, almaklumlah ini raya pertama di rumah baru Am tapi suasana sunyi, hampir semua jiran dah beraya di kampung. Sempat juga beraya dirumah jiran Am selepas balik sembahyang raya. Jiran ini balik kampung lewat, suami dia berkerja. Selepas melawat kubur arwah anak pertama Am, balik kampung isteri Am. Bila balik kampung isteri Am ini wajib melawat sanak saudara dia, memang penat pun. Itupun nasib baik ada yang tiada dirumah kalau tidak lagi letih. Anak Am sahaja yang seronok, melasak sakan dia sampai Am dan isteri habis suara marah dia. Banyak juga anak Am kumpul duit raya tahun ini, Pak Su dia ajak kongsi, dia kata "Kongsi boleh Tapi tak boleh ambil" Hari raya Kedua balik kampung Am pula, seronok bila hampir semua adik beradik Am berkumpul. Sebenarnya jarang kami dapat berkumpul ramai-ramai ini. Almaklumlah semua ada tanggungjawab masing-masing. Kebetulan berkumpul adik ipar Am masak laksa Pahang. Kali pertama makan laksa Pahang ini, orang lain semua kepedasan cuma anak Am sahaja yang selamba sahaja makan. Hari raya Ketiga adik isteri Am dapat anak lelaki. Bertambahlah keluarga belah isteri Am, sekarang ini bapa mertua Am dah ada 2 cucu lelaki dan satu cucu perempuan, rasanya tanggungjawab Am pula untuk cukupkan pasangan tu kot hehehehe. Hari yang lain lebihnya pergi rumah rakan-rakan di KL dan duduk rumah tunggu orang datang beraya. (Rakan-rakan blog tiada yang berminat untuk beraya dirumah Am ker? Rumah sentiasa terbuka) TV pula berdoyon-doyon cerita melayu yang menarik, tahun lepas baru keluar panggung tahun ini dah keluar TV, macam mengalakkan orang tak pergi panggung sahaja. Hari raya ini juga Am beli Handphone baru, bukan banyak duit sangat pun cuma Am memang dah lama minat Hanphone ini. Jenis O2 Xda II Mini. Nanti kalau ada photo-photo yang menarik Am akan uploadkan disini. Nota Kaki: Bila terlalu lama meninggalkan blog ini terasa rindu pula, satu lagi takut bakat merepek tulis entry pun akan terkikis. Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Cuti Hari Raya""