Bercerita tentang "Penganas"
Inilah bentuknya "Handphone" baru Am. Sekian lama berhajat untuk memilikinya baru tertunai tahun ini. Sebelum ini ada PDA tapi retak pula, punya lah tension masa tu, terpaksalah bergantung pada HF untuk tinggalkan apa2 maklumat. Am pun belum pakar lagi gunakan O2 ini, mungkin beberapa bulan lagi akan jadi pakar kot. Handphone Original Upload from O2 Xda II mini Hari ini hendak bercerita tentang penganas. Am tertanya-tanya apakah erti penganas itu sebenarnya. Rakyat Palestin dan Iraq berjuang untuk menghalau Amerika dan Israel dari bumi mereka, adakah mereka penganas. Amerika dan Israel yang menjajah bumi palestin dan Iraq, adakah mereka penganas? Akhirnya soalannya berbalik semua, siapakah sebenarnya penganas. Am juga tidak setuju dengan pengebom berani mati ini tapi jika dipandang pada sudut lain, pengebom berani mati inilah yang berjaya membuka mata dunia pada masaalah penindasan mereka. Pihak Israel contohnya amat tertekan dengan pengebom berani mati ini. Walaupun tak banyak tapi akhirnya mereka terpaksa bersetuju dengan tuntutan pihak Palestin. Secara peribadi bagi Am, tiada siapa yang hendak mengikat bom dibadan mereka dan meletupkannya tapi mereka ini benar-benar telah terdesak dan inginkan dunia mengetahui penderitaan mereka. Kita kena tahu dan sentiasa ingat siapa yang mencipta penganas ini, disaat kita melaungkan kempen menghapuskan penganas tapi pada masa yang sama setengah pihak lain pula merampas hak orang, mengebom negara orang lain, menembak orang awam dengan alasan tak sengaja dan yang paling teruk menghalau mereka dari negara mereka. Kita kurangkan tapi pihak lain tambahkan kewujudan penganas ini, sampai bila perkara ini hendak berakhir? Jangan pula kata Am menyebelahi penganas tapi bagi Am kita jangan terlalu leka dalam memerangi mereka tanpa mengetahui mengapa mereka jadi begitu. Bagi Am "mencegah kewujudan mereka lebih baik dari memerangi mereka" Yang paling menyedihkan ialah bila sebut mengenai penganas sahaja, ramai yang menunding jari kearah orang islam. Kesihan kita, kita ramai tapi lemah dan tak bersatu, nak buta macam mana kita sanggup bersatu dengan orang lain untuk menindas saudara kita sendiri. Nota Kaki: Disangat satu pihak meraikan kejayaan atas pembunuhan seorang Dr., adakah kita berjaya dan hendak meraikannya sama? Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Penganas""