Bercerita tentang "Online"
Photo ini Am snap melalui salah satu cara dalam HF Am, kalau tak silap ambil Am ambil melalui cara filem. Ini kiranya cuba semua yang ada di HF. Akhirnya ini yang jadi, nampak macam malam walaupun ambil photo ini waktu tengahari. Sebenarnya banyak lagi cara ambil dalam HF ini, mungkin Am akan uploadkan satu persatu nanti. Gaya Filem Original Upload from O2 Xda II mini Sekarang ni semua online, kalau dulu nak tahu gaji dah masuk atau belum jerit pada akaun department, sekarang tekan pc sahaja. Dah tahu semua pasal akaun kita termasuk semua urusan yang kita telah lakukan. Am ini kalau dah gaji mulalah menghadap PC membayar bil-bil melalui online, senang dan mudah. Kalau dulu beratur atau ambil no. sambil jeling-jeling awek juruwang yang manis-manis tapi sekarang masuk sahaja web akaun kita sambil jeling-jeling boss dimana. Am harap perkara online ini akan berjalan dengan bersih, janganlah ada pula anasir yang tidak senonoh mula godek sana dan godek sini sehingga orang mula takut gunakan sistem online ini. Kalau tak silap Am, kerajaan pun sedang mengalakkan kita menggunakan sistem ini, boleh jimat banyak belanja pengurusan, kalau dah jimat tu patutnya bila sesiapa gunakan sistem ini percumalah, ini masih kena bayar. Am guna BCB, satu urusan kena RM2.00. Tak apalah masih jimat lagi kalau dibandingkan jika Am terpaksa pergi bank bayar sendiri. Jimat masa, minyak dan parking. Nota Kaki: Pernah terfikir juga, kalau kerja dirumah online kan bagus, datang pejabat seminggu sekali sahaja. |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Online""