Bercerita tentang "Sikap"
Photo ini Am rakamkan masih lagi semasa berhenti berehat sebentar dilebuhraya, sambil hisap rokok sambil tangan mengatal nak menekan hf tu. Akhirnya ini yang terhasil, terperanjat juga kerana cantik sekali matahari itu, bagai besembunyi dicelah-celah pokok. Cahaya Kembali Menyinar Hari ini ingin bercerita mengenai sikap, sebenarnya tergerak untuk bercerita mengenai sikap apabila berbual dengan salah seorang jurujual di pejabat Am. Dia adalah orang penang dan marah betul dia bila Am pergi penang minggu lepas dan tak telefon dia. Dia kata kalau telefon dia, dia akan bawa Am dan keluarga berjalan-jalan ditempat yg menarik dan ke tempat makan yang popular. Sebenarnya bukan Am tak nak telefon dia tapi Am sendiri pun sudah ada rakan di Penang yang Am selalu telefon cuma pergi kali ini Am tak beritahu mereka semua kerana sejak 3 tahun yang lepas layanan mereka pada Am memang amat baik sampai Am naik malu Am dibuatnya. Kira-kiranya tahun ini Am hendak berdikari di Penanglah. Kebetulan bercerita dgn dia, masuklah bab sikap manusia ini. Dia kata hampir semua orang Penang bersikap seperti dia, sangat mesra, sanggup melayan dan memuaskan hati tetamu mereka. TETAPI lain pula dengan orang KL, katanya berapa kali dia tertipu dengan sikap orang KL, berapa kali dia tersesat jalan dan bertanya pada orang Kl, sudahlah mereka tak tahu tapi mereka memberi arah jalan yang makin sesat. Am setuju dengan dia kerana Am sendiri pernah kena, bagi Amlah apa keseronokkannya menyesatkan lagi orang yang memang sudah sesat, secara peribadi tidak lemah kita ini jika kita mengaku kita tak tahu kerana orang yang paling lemah ialah orang tak tahu tapi buat-buat tahu. Secara tak sedar seiringan dengan arus kemodenan sifat terpuji dalam diri kita semakin terhakis, kita maksud Am ialah diri Am sendiri. Kita makin terjebak dengan sifat 'Buat Hal Sendiri' dan ketawa bila orang makin susah. Cuba renungkan "Berapa ramai kita yang benar-benar mengenali jiran kita?" Dulu pernah berjanji dengan pengunjung blog ini akan paparkan cerita mengenai ketam jika jumpa, kebetulan jumpa cerita tentang ketam di blog PB, minta kebenaran pada PB untuk paparkan di blog Am ini. Cerita ini lain sikit dari cerita yang Am pernah baca dahulu tapi iktibarnya dari ceritanya lebih kurang sama sahaja. Pada suatu hari , adalah satu makhluk yang bernama manusia ni pergi ke pasar basah. Dalam dia dok melilau lilau mencari barang barang yang dia nak purchase, dia pun pergi lah tempat menjual KETAM. Kat sini, dia lihat ada 2 bekas berisi KETAM. "Apasal ada dua bekas isi ketam ni?"" "Yelah, ketam Melayu dok dlm bekas tak tertutup. Sebabnya Ketam Melayu memang tak akan keluar dari bekas tu. Kalau ada yg juga keluar, mesti ada ketam lain yang tarik, bagi dia jatuh" "Lain pulak dgn ketam Cina. Kalau ada satu yang cuba naik nak lepaskan diri dari bekas tu, mesti ada Ketam lain yang akan tolong tolak bagi ketam tu naik. Mereka akan tolong menolong, tolak semua bagi naik" "Ooooo..gitu ker??"
Labels: Cerita dan Tauladan, Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Sikap""