Bercerita tentang "Sebab"
Masih lagi memaparkan photo yang Am rakamkan di Melaka, banyak photo yang Am rakamkan disana nampak sangat menarik pada pandangan Am, pada orang lain tak tahu pula Am. Gabungan awan hitam, putih dan biru memang nampak menarik, tambahan pula ada pokok yang menambah tarikannya, apa pendapat rakan2 semua. Apa khabar semua, Alhamdullilah Am masih sihat dan masih mampu untuk meninggalkan celoteh disini. Masih mampu tersenyum dan masih mampu untuk melihat dan mendengar kerenah-kerenah disekeliling Am. Semalam akhirnya berjaya juga Am menonton ulangan Finale CSI Miami, punyalah tunggu, nasib baik Moon ada beritahu bila ulangannya. Kalau tidak tak merasalah Am menonton Finalenya. Menang menarik ceritanya, penghujung yang diluar dugaan Am, berakhir dengan agak sayu bagi hampir semua watak dan Am tertunggu juga akan sambungan musim terbarunya. Sementara menunggu ulangan finale CSI Miami semalam tengoklah CSI dan CSI New York. Am agak tertarik dengan satu kes di CSI, kisah seorang adik yang belum cukup umur membunuh abangnya dengan cara yang agak kejam. Am tertanya-tanya juga apakah sebabnya, akhirnya budak itu beritahu sebabnya adalah kerana abangnya beritahu pada semua orang yang dia tidur kencing. Banyak cerita CSI dan penyiasatan lain yang Am tonton dan banyak juga penyebab kenapa mereka membunuh tapi bagi Am sebab semalam adalah sebab yang paling sayu bagi Am dan yang paling Am tak terfikir. Walaupun nampak macam tak logik tapi bagi Am benda-benda sebegini memang pernah terjadi dan tak mustahil akan terjadi. Mendengar alasan budak itu mengingatkan Am kadang kala kita terlupa perkara kecil yang kita lakukan yang pada kita hanya satu jenaka atau remeh temeh akan memberikan satu pengaruh atau tamparan yang besar kepada orang lain. Dan yang paling menakutkan ialah kita tak menyedarinya dan terus melakukannya secara berterusan. Percaya atau tidak secara tidak sedar kita adalah pencipta penjenayah atau pembunuh itu. Mungkin agak kasar bunyinya tetapi inilah kenyataannya, kita terlalu leka dengan diri kita hingga kita terlupa pada apa yang terjadi dan akan terjadi pada orang lain disekeliling kita terutam aorang yang kita sayang.
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Sebab""