Am rakamkan photo ini di Istana Kesultanan Melaka, di Melaka. Terpegun kami bila memasuki istana ini, luas dan dibina dengan unik sekali. Tak dapat melihat dengan teliti kerana masa tak mengizinkan. Terfikir juga jika rumah Amlah sebegini, mungkin semua suku sakat Am, Am jemput tinggal bersama.
Istana Original Upload from O2 Xda II mini Semasa bercuti ada dua cerita tentang bayi yang amat menyakitkan hati Am, pertama seorang lalaki menjumpai bayi perempuan di pagar masjid dan satu lagi ialah seorang lelaki yang entah gila ker atau bodoh sangat atau lansung tak berhati perut memperkosa bayi perempuan yang baru berumur beberapa minggu kalau tak silap Am. Kadang-kadang Am terfikir, kemana pergi sifat kemanusian mereka ini, dimana tahap malu mereka dan dimana sifat takut mereka kepada tuhan. Adakah mereka sudah terpaksa sangat sehingga sanggup memperkosa bayi atau mereka ini memang sudah merancang dari awal-awal jika mereka mengandung anak akan dibuang. Siapa yang mereka hendak salahkan? Pada IbuBapa? Tak cukupkah didikan ibubapa kepada mereka, sebelum ini bila ibubapa nak mendidik mereka tunjuk pandai, cakap sikit melawan, macam sudah pandai sangat, boleh cari duit sendiri, boleh bertanggungjawab dengan tindakan dan keputusan mereka. Salahkah Ibubapa? Pada Kerajaan? Apa lagi mereka hendak dari kerajaan, banyak yang telah kerajaan berikan, kerajaan dah tempat pendidikan kepada mereka dengan bayaran minimum agar mereka pandai tapi yang lain mereka lebih pandai, kerajaan beri hiburan cara yang betul mereka cari hiburan ikut kehendak diri, kerajaan adakan ceramah-ceramah berbentuk sosial dan ugama, ada mereka nak pergi? Salahkah kerajaan? Pada Internet, tv dan buku-buku? Masih nak menyalahkan benda lain lagi, terlalu banyak adegan seks di internet, TV dan buku, siapa salah sebenarnya, Tekan Alt F4 di komputer sudah tentu tak boleh masuk laman seks, banyak sangatkah adegan seks di tv? dan nak salahkan buku pula jika dia sendiri yang sanggup tak makan untuk beli buku itu. Masyarakatkah? Akhir sekali salah masyrakat, awak tu kan dah besar, boleh bercinta dah besarlah tu, dah boleh berfikir sendiri, dah boleh cari tempat sunyi untuk berdua-duaan. Kalau budak kecik bolehlah dimarah dan ditegur ini dah besar panjang seperti kata orang tua "dah boleh khawin". Lagipun jika masyarakat menegur awak nak dengarkah? Tak ada niat sebenarnya Inilah alasan yang paling baik, tak ada niat nak buat, tak mampu tahan diri. Kalau betul tak ada niat buat apa berdua-duaan ditempat sunyi, kalau tak ada niat buat kenapa bayi kecil yang tiada daya pengoda pun boleh dijadikan tempat melepaskan nafsu. Takkan mereka tak tahu benda buruk boleh terjadi tanpa diundang, takkan benda macam inipun nak diajar disekolah. Betul kah tak ada niat? Akhir sekali cubalah belajar salahkan diri sendiri, tanggungjawab dengan kesalahan yang telah lakukan dan belajar-belajarlah bertaubat. Tak payahlah mencipta apa-apa alasan, jangan tutup kesalahan dengan berbagai alasan, tiada siapa yang paksa kita, negara kita bebas, buat baik pun bebas tapi kita pilih yang jahat jadi jangan salahkan sesiapa. Nota Kaki: Melihat bayi yang didera, dibuang, dan bermacam lagi membuatkan perasaan Am penuh dengan sakit hati, kecewa, geram, marah, sedih dan bermacam lagi yang bercampur gaul.
Labels: Isu Semasa, Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Bayi yang didera""