Bercerita tentang "Duit dan Dompet"
Photo ini sumbangan dari DownForce, sebenarnya memang dah lama Am cari photo ini tapi tak jumpa, pernah dapat tapi tak tahu dah simpan dimana. Ada tulisan "Allah" pada awan itu. Terima kasih kerana sudi berkongsi photo ini dengan Am. Banyak kali isteri Am pesan pada Am minta Am simpan duit Am dalam dompet tapi Am ini macam fobia nak simpan duit dalam dompet, mungkin kerana semasa sekolah dahulu Am pernah kehilangan dompet Am dan semua duit persatuan ada dalam dompet Am. Teruk juga Am nak menganti duit persatuan itu. Mungkin itu sebab utama kenapa Am begitu fobia nak simpan duit dalam dompet Am. Semalam dalam perjalanan nak ke tempat kerja, Am lihat dua kemalangan melibatkan pemandu motor, yang pertama satu pasangan, mungkin suami isteri terduduk ditepi jalan mungkin kerana motornya tergeser dengan kereta dan yang kedua seorang pemandu motor terbaring di bahu jalan, Am sendiri tak pasti pengsan atau tidak kerana terlanggar belakang kereta. Naik bulu roma Am sekejab. Bagi Amlah, Am tak kisah orang nak panggil Am lembab bawa motor ker atau apa-apa, janji Am tak kemalangan sudahlah. Dalam masa yang sama Am akan cuba mengelakkan diri Am sebagai penyebab kemalangan pada orang lain.
Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Duit dan Dompet""