Bercerita tentang "WNX 7797"
Masih memaparkan photo lama dalam simpanan Am, photo matahari baru nak naik. Sementara tunggu photo-photo yang menarik dihasilkan, keluarkan dulu semua photo yang dalam simpanan Am
No. apa tu ya? hehehe itulah no. motorsikal baru Am, kalau orang lain sibuk nak tukar kereta semperna harga kereta turun, Am pula sibuk beli motor. Sebenarnya perancangan untuk beli motosikal ni memang dah lama tapi terpaksa dicepatkan kerana memandangkan anak Am akan bersekolah tahun depan di kawasan perumahan Am jadi terpaksa beli motorsikal untuk memastikan kami akan sampai awal. Kesihan pada dia terpaksa tunggu lama jika kami naik kereta. Minyak? itu juga salah satu dari sebabnya tapi yang pastinya bukan sebab utama. Geram juga dengan kerajaan kadang kala tu, boleh kata selalu sahaja dengar projek kerajaan yang berjuta-juta tu tak siaplah, terbengkalailah, lepas tu ada niat nak minta peruntukkan berpuluh-puluh juta lagi pulak tu. Apalah subsidi minyak tak mampu nak tanggung, projek hampeh macam tu mampu pula tanggung ya. Kalau tolak, campur, bahagi, darab tang mana pun yang rugi siapa? Rakyat yang dikatakan manja ini juga Ada satu yang Am muskil, sejak Am mula naik motor ni, hujan sahaja waktu petang, sampai Am kena ketawa dengan rakan-rakan pejabat Am, "Hujan ni pasal Am beli motorlah ni" hehehe. Nampaknya sekarang terpaksalah Am asah balik skil-skil Mat rempit Am yang telah berkarat tu. Sekarang ini kalau ada sesiapa ternampak seorang pemandu motosikal yang terkial-kial bawa motor tu, mungkin itu Am kot hehehe Fakta Menarik Nota Kaki: Labels: Fakta, Isu Semasa, Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "WNX 7797""