eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, June 02, 2006

Bercerita tentang "Siapa Bakal Juara AF4"

Cerah


Photo ini isteri Am rakamkan juga waktu dalam perjalanan ke One Utama kalau tak silap Am pada hujung minggu lepas, langit waktu itu sangat cerah dan tanpa jerebu.

Ada banyak lagi photo yang isteri Am rakamkan, nanti Am akan paparkan disini satu persatu

Cerah...
Original Upload from O2 Xda II mini

Entry hari ini sepatutnya entry Cabaran Msjbox, satu cadangan dari Shai tapi cadangan ini telah ditangguhkan, kerana Am sudah tulis jadi Am jadikan sebagai entry hari Jumaat Am.

Siapa ya yang akan dinobatkan sebagai Juara AF4, secara peribadi bagi Am terlalu awal untuk Am menilai atau membuat keputusan sekarang, Am tak nak jadi Kursia Kahar yang menobatkan Kaer pada awal akhirnya dia hanya berjaya sampai keperingkat akhir sahaja kerana banyak faktor lain yang akan mempengaruhi undi peminat.

Tahun ini secara ikhlas lelaki Am sokong Diddy dan wanita pula Am sokong Zila tapi Am rasalah kedua-keduanya tidak akan jadi juara (pendapat Am sahaja). Kalau ditanya pada Am siapa Am hendak jadi juara, Am akan pilih Diddy. Kalau nak diikutkan pada undian sekarang ini Faizal paling cerah untuk dinobatkan sebagai Juara AF4 tapi seperti kata Am tadi semua itu tak pasti lagi kerana AF sendiri terlalu banyak kezutan.

Tentu ada yang tanya, Mengapa Am tak pilih Salima atau Amirul? Salima bagi Am terlalu banyak kata-kata diluar yang kan mempengaruhi undiannya dan Amirul pula mutu vokalnya yang begitu lemah bagi Am akan mempengaruhi undinya, kalau tak sekarang mungkin bila semakin kurang pelajar nanti.

Adakah anda sudah deman AF4, Am jangan kata demam, panas pun belum lagi, suhu macam biasa aja, pertanda kurung baik untuk AF4 ni.

Harap tiada yang kecil hati, ini hanya pendapat Am, seorang orang luar dalam dunia seni ini, sekadar memberi sedikit pendapat entah betul atau tidak.


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels:

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Siapa Bakal Juara AF4""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK