eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, May 19, 2006

Selamat Hari Jadi Anak Sulungku

Putih


Photo putih bagai melambangkan anak sulung Am, dia hadir bagai sehelai kain putih, sebelum dapat dicorakkan oleh Am dan isteri dia kembali juga seperti sehelai kain putih tanpa noda.

Selamat Hari Jadi anakku, Abah dan mama tetap merinduimu.

Putih...
Original Upload from O2 Xda II mini

19 May, 1999 anak sulung Am lahir, anak yang menukar title Am kepada "Abah" tapi hanya dipinjamkan sementara sahaja pada Am, lahir petang dia kembali pada sebelah malam. Walaupun begitu Am tetap bersyukur walaupun Am dapat merasa kegembiraan bergelar Abah tak sampai 8 jam dan disusuli dengan kesedihan atas kehilangannya. Mungkin tuhan memberi kesedihan ini pada Am agar Am lebih menghargai kegembiraan yang akan datang dalam hidup Am.

7 tahun telah berlalu tapi permergiannya bagai baru terjadi semalam sahaja, saat ini kerinduan padanya masih begitu terasa, makin terasa dan semakin terasa.

Kalau dia masih ada, mungkin dia seperti adiknya sedang sibuk untuk periksa, mungkin juga dia sedang sibuk bergurau senda dengan adiknya atau bergaduh berebut mainan, mungkin juga dia sedang sibuk mengajar adiknya, mungkin juga dia sedang sibuk bertanya itu dan ini, mungkin juga dia sedang sibuk bersiap untuk kesekolah ugama, mungkin dia juga sedang petah bercerita tentang kawan-kawannya. Terlalu banyak MUNGKIN tapi yang pasti HAKIKATnya kasih sayang Abah dan Mama tetap ada dari dulu sampai sekarang, tetap sama dan tak berubah sampai bila-bila.

Selamat Hari Jadi anakku dari Abah, Mama dan Adikmu, ketahuilah anakku, kau tetap anak pertama buat Abah dan Mama juga abang long buat adikmu, tiada siapa yang dapat merubah hakikat itu.


Nota Kaki:
Sekadar bercerita meluah rasa.

Selamat Berhujung Minggu, semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels: ,

JEJAK TEMAN DI "Selamat Hari Jadi Anak Sulungku"

 

JOM TINGGALKAN JEJAK