Bercerita tentang "Blog"
Photo ini baru Sahaja Am akamkan minggu lepas semasa menunggu isteri Am. Nampak cantik sangat langit waktu senja itu, ada dua photo yang Am rakam tapi lebih kurang sama sahaja. Tadi nampak langit pagi yang cantik tapi naik motor jadi tak boleh nak rakamkan Sudah lama Am tak bercerita tentang Blog Am ini, sejak kali terakhir Am bercerita tentang blog Am ada sedikit yang Am tambah dalam blog Am ini, blog Am sudah ada jam, sudah ada video muzik dan sudah ada logo email yahoo. Semua tu biasalah belajar atau tiru dari blog orang lain. Ada juga yang tanya kenapa ada sampai dua Tagboard? bukan pasal nak menunjjuk tapi sebagai persedian jika salah satu problem yang satu masih boleh digunakan, apa orang tua kata tu "Sediakan Payung sebelum Hujan". Satu lagi Am betul-betul gembira, seronok dan terharu atau lebih tepat lagi Teruja bila ada orang baru yang singgah diblog Am dan kemudia tinggalkan sedikit jejak di sini. Am seperti dapat kawan baru dan selalunya Am tak sabar-sabar untuk menjengok diblog mereka semua dan meninggalkan jejak diblog mereka. Kerana bagi Am sedikit jejak walaupun sependek perkataan "Hai" akan melahirkan kemesraan dan tak mustahil akan berakhir dengan persabahatan. Mungkin ramai yang perasan sekarang banyak blog sudah mula bercerita tentang Akademi Fantasia 4, blog manakah yang akan menjadi blog utama untuk AF4 kali ini, adakah blog SM yang sebelum ini dengan ada kenyataan yang blog itu tidak akan berbicara tentang AF4 atau blog Klubbkid yang semakin hari semakin panas dengan cerita AF4nya ataupun blog-blog yang memang kita tak pernah kenal. Adakah blog Am juga akan turut bercerita tentang Akademi Fantasia 4?
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Blog""